Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masih Ada Majikan Enggan Pekerja Bertudung?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 8:00AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekitar tiga tahun lalu, negara dikejutkan dengan isu larangan bertudung semasa bertugas, yang dikenakan 13 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Semenanjung Malaysia kepada pekerja masing-masing.

Larangan itu terbongkar apabila Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang dan Johor.

Penetapan dibuat majikan terbabit dikecam dan mencetuskan ketidakpuasan hati pelbagai pihak, lantaran ia didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melarang sebarang bentuk diskriminasi berasaskan agama dan keturunan, terutama di sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Isu berkenaan akhirnya selesai dan keadilan untuk pekerja hotel dikembalikan, apabila perbincangan JTKSM bersama pihak pengurusan hotel menyaksikan mereka secara dasarnya bersetuju membatalkan larangan bertudung itu.

Bagaimanapun, pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), baru-baru ini mengenai isu majikan enggan mengambil pekerja bertudung mengejutkan masyarakat.

Menerusi pendedahan itu, PPIM berkongsi persoalan mengenai larangan bertudung yang masih diamalkan, walaupun ia sudah sepatutnya dihentikan.

Jurucakap PPIM berkata, mungkin alasan itu seperti tidak masuk dek akal, tetapi menurut kajian daripada Centre for Governance & Political Studies, (Cent-GPS) menunjukkan, individu bertudung atau berhijab mendapat peluang lebih tipis untuk dipanggil menghadiri temuduga, berbanding mereka yang tidak mengenakan tudung walaupun memiliki taraf akademik sama.

“Antara alasan diberikan adalah kononnya dasar syarikat perlu ‘freehair’ (tidak bertudung).

“Adakah bertudung ini boleh menjejaskan prestasi seseorang dalam menjalankan sesuatu tugas? Pernahkah anda juga mengalami diskriminasi ini,” katanya menerusi pendedahan itu.

Mengulas isu berkenaan, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Bahrin Mansor, menyifatkan larangan bertudung dikenakan mana-mana majikan sebagai diskriminasi terhadap hak dan kebebasan beragama pekerja terbabit di tempat kerja.

Beliau berkata, larangan bertudung adalah satu kesalahan dan menunjukkan berlakunya diskriminasi terhadap pekerja muslim.

Jelasnya, majikan tidak boleh mendiskriminasi mana-mana pekerja sama ada daripada segi jantina atau agama, malah peraturan itu tidak sepatutnya dikenakan, tambahan di Malaysia yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

“Sehingga kini kita (MTUC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan dengan diskriminasi berhubung isu pemakaian tudung di tempat kerja.

“Tetapi jika benar-benar berlaku, saya rasa tidak sepatutnya dikenakan diskriminasi ini, terutama di Malaysia yang mengamalkan hormat-menghormati, termasuk mengenai kebebasan bertudung di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kamarul Bahrin turut meminta mana-mana individu yang berdepan larangan memakai tudung ketika bekerja untuk mengemukakan aduan dan membuat laporan, termasuk kepada MTUC supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Kita harap pekerja berdepan situasi ini tidak kira di negeri mana pun sila datang ke MTUC untuk buat laporan, kita boleh ambil tindakan, termasuk menjalankan kempen dan meminta syarikat bekerjasama dalam isu berkenaan,” katanya.

Menurut Kamarul Bahrin, MTUC mempunyai hubungan yang baik dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk bersama-sama menangani isu berbangkit dan mendapatkan keadilan berhubung diskriminasi bertudung di tempat kerja,

“Biasanya kita akan minta kerjasama Jabatan Tenaga Kerja memanggil majikan untuk memaklumkan kepada mereka apa boleh dan tidak boleh ditetapkan sebagai peraturan dalam pekerjaan.

“Kalau ada isu, beritahu kepada MTUC. Sebelum ini pun sudah berlaku larangan ini membabitkan pengurusan hotel kepada pekerja mahu bertudung dan sudah diselesaikan,” katanya. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lelaki 'Bertudung' Rakam Video Dalam Tandas Wanita Diberkas

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Simpati Dengan Mangsa, Ronaldo Arah Hotel Miliknya Jadi Pusat Perlindungan 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 51 minit yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Semasa 1 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM