web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Pendekkan Tempoh Darurat Sarawak - SEDAR

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 5:08PM

Datuk Othman Abdillah

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah diminta agar tidak memperkenankan permohonan untuk menamatkan darurat di Sarawak lebih awal, berbanding tempoh asal pada Februari tahun depan.

Presiden Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR), Datuk Othman Abdillah berkata, rakyat negeri itu ketika ini masih berdepan risiko penularan COVID-19, justeru penamatan darurat lebih awal hanya mengundang potensi untuk kadar jangkitan kembali meningkat.

Menurut beliau, permohonan berhubung perkara itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi sepucuk surat semalam.

"Keadaan buat masa ini nampaknya lebih merbahaya dengan penularan sub-varian baharu yang berasal daripada dari varian induk Delta," katanya kepada Getaran di sini.

Beliau berkata, perlu diingatkan bahawa Sarawak mencatatkan kes kematian yang tertinggi pada bulan Oktober lalu akibat COVID-19.

"Ramai telah mengeluarkan kenyataan rasmi atau tidak rasmi bahawa kita sudah berada dalam keadaan selamat selepas mencapai imuniti kelompok melalui program vaksinasi menyeluruh," ujarnya.

Tegas Othman, vaksinasi tidak bermaksud rakyat akan kebal daripada dijangkiti virus maut itu.

"Kita tidak seharusnya membahayakan nyawa rakyat kita atas apa jua sebab sekalipun. Dengan hampir semua sekatan ke atas pergerakan kini ditarik balik atau dilonggarkan, pengekalan status itu amat penting,” katanya. - Getaran, 2 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad