web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Kelonggaran Murid Tidak Pakai Seragam Ke Sekolah - Radzi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 12:44PM

Pelajar sekolah diberikan kelonggaran untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai memakai pakaian kemas dan sopan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata perkara itu telahpun dinyatakan sebelum ini, namun masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk pelajar mengenakan pakaian seragam lengkap.

“Apabila sekolah mula dibuka mengikut ketetapan fasa di beberapa buah negeri seperti di Klang, Melaka, kita menerima aduan daripada ibu bapa yang menyatakan ada sekolah meminta supaya anak-anak memakai uniform sekolah walaupun ada uniform ketat, kasut dah ketat.

"Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa  pihak kementerian sebelum ini telah nyatakan bahawa untuk tempoh sehingga akhir persekolahan tahun ini, kita benarkan murid-murid memakai pakaian yang bersesuaian serta sopan dan kemas, itu paling penting,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan persiapan pembukaan sekolah di Sekolah Kebangsaan Semaseh, Panchor di sini hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran pelajar berikutan kekangan yang dihadapi ibu bapa susulan pembukaan sekolah di waktu pandemik COVID-19 terutamanya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua sekolah di negeri yang akan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara harus memberi perhatian khusus terhadap aspek pengudaraan termasuk di dalam bilik guru.

"Pengudaraan itu perlu diberi perhatian khusus. Awal dulu ramai agak keliru tetapi akhir ini hampir semua pihak dapat memahami bahawa kepentingan untuk kita pastikan pengudaraan di sekolah berlaku pada tahap paling optimum.

"Bilik darjah nampak dah selesai cuma di bilik guru, kadang-kadang bilik guru yang menggunakan penghawa dingin sebagai contoh sebaiknya diusahakan supaya ada pengudaraan… dibuka tingkap bagi membolehkan keadaan yang lebih selamat bagi guru-guru," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan pengambilan guru secara 'one-off' bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru, Radzi berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah selesai melengkapkan pemilihan guru bagi fasa 1.

Radzi berkata, kriteria pemilihan awal itu adalah berlandaskan calon yang bakal mengajar subjek-subjek penting di sekolah serta mereka yang mempunyai latar belakang dalam pengajian pendidikan.

“Fasa 1 telah dipilih dan kita tidak ikut berapa ramai, kita berpandukan pada susunan subjek. Subjek mana pergi dulu serta keutamaan kepada graduan pendidikan.

“Setelah keutamaan ini tercapai, baru kita lihat graduan yang tidak ada latar belakang pendidik, kerana itu kita buat secara berperingkat. Ada fasa yang hanya memerlukan ratusan tenaga pengajar namun ada fasa perlukan beribu, justeru kita perlu lihat keperluan subjek dalam fasa tersebut,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad