web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja 15 Tahun Hamil Dirogol Teman Lelaki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 5:31PM

Gambar hiasan dari Pixabay

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JULAU - Seorang remaja berusia 15 tahun hamil lima bulan selepas menjadi mangsa rogol teman lelakinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, laporan berhubung kes itu dibuat seorang petugas Klinik Kesihatan Kanowit ketika mangsa melakukan pemeriksaan di klinik berkenaan Selasa lalu.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada remaja itu, dia memberitahu telah beberapa kali melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya.

"Hubungan intim itu berlaku sejak bulan Febuari 2021 lalu, bertempat di ruang tamu dan bilik tidur rumah mangsa di sebuah rumah panjang di Pakan," katanya hari ini.

Beliau berkata, bertindak daripada laporan itu, pihak polis telah memberkas suspek lelaki berusia 33 tahun semalam.

"Suspek ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau bagi membantu siasatan berhubung kes itu," tegasnya.

Andam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad