Berita Terkini

3 minit yang lalu: 22 terkorban, 27 hilang selepas gunung berapi Semeru memuntahkan lahar, Sabtu lalu 8 minit yang lalu: New York umum vaksin mandatori ke atas semua pekerja swasta 9 minit yang lalu: Hukuman penjara 4 tahun ke atas Aung San Suu Kyi dikurangkan kepada 2 tahun 10 minit yang lalu: Parlimen: Isu kenaikan harga barang dibangkitkan hari ini 57 minit yang lalu: Terdapat harapan untuk pemulihan ekonomi Malaysia dalam melangkah ke 2022 - OCBC

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Bertegas Isu Kashmir - MAPIM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 8:57AM

MAPIM menggesa kerajaan Malaysia menunjukkan ketegasan dalam isu Kashmir, yang telah berlarutan sejak 70 tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan ketegasan di peringkat antarabangsa berhubung isu konflik Kashmir yang menyaksikan penduduk di wilayah India berkenaan ditindas dan menderita sejak lebih 70 tahun lalu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pendirian itu penting memandangkan ketika ini usaha kerajaan untuk memperjuangkan perkara terbabit tidak begitu menonjol, berkemungkinan disebabkan pertimbangan dengan India atau sebagainya.

Katanya, walaupun pendirian kerajaan berhubung kemelut itu sememangnya ada dan agak baik ketika ini, terdapat beberapa hal yang didapati tidak begitu jelas.

“Saya kira MAPIM perlu sampaikan kepada kerajaan bahawa isu ini penting. Kalau kita nak dilihat sebagai imej yang kuat dan bahawa kita konsisten tentang benda yang zalim, kita kena bagitahu.

“Selalu kita mengatakan kenapa kita konsisten tentang konflik antara Israel dan Palestin adalah kerana kita anggap itu penganiayaan, maka sama juga dengan isu Kashmir. Jadi MAPIM rasa kerajaan perlu menggunakan kebijaksanaan dalam memelihara hubungan diplomatik dengan India dan pada masa sama memperjuangkan soal kemanusiaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Getaran pada Hari Hitam Kashmir 2021 di Ampang, di sini.

Acara dirasmikan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu itu, turut dihadiri ratusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kedutaan negara luar, delegasi asing dan media antarabangsa.

Ia diadakan sempena memperingati ulangtahun Hari Hitam Kashmir yang juga menjadi sejarah menyedihkan dunia sejak tahun 1947.

Pada acara sama, MAPIM turut melancarkan buku hasil penulisan Mohd Azmi, ‘Kashmir Facing A Slow Death’ yang turut boleh didapati dalam versi bahasa Melayu dengan tajuk 'Kashmir Semakin Berdepan Kematian'.

Hasil penjualan buku berharga RM30 senaskhah itu akan disalurkan kepada warga Kashmir yang memerlukan bantuan makanan, pakaian dan perubatan.

Bagi mereka yang ingin membeli buku itu, boleh menghubungi nombor 019-2398398 atau 016-6800747 atau menyalurkan sumbangan terus ke tabung MAPIM melalui akaun CIMB bernombor 8604556678.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, MAPIM sudah memberikan nasihat sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan isu penderitaan dan penindasan rakyat supaya isu Kashmir ini dikembalikan kepada PBB bagi memastikan hala tuju penyelesaian lebih jelas.

“Kita nasihat kembalikan balik isu ini kepada PBB, bukan kita suruh berperang, tetapi kita gesa perkara ini supaya jelas resolusinya. Diberikan kepada PBB semula, kemudian selesaikan.

“Masalahnya nasihat ini tidak diterima, jadi itu yang saya rasa kerajaan Malaysia kena tegas,” katanya.

Menurut Mohd Azmi, isu kesatuan ummah ini menjadi sangat rumit untuk diselesaikan disebabkan beberapa faktor.

Pertama, katanya, terdapat pemimpin negara Islam yang mementingkan kuasa atau mahu mengekalkan kedudukan sendiri di sebalik memberi tumpuan kepada kepentingan masalah umat.

Sikap itu, jelasnya, membuatkan pemimpin berkenaan perlu mengikut telunjuk daripada pihak tertentu, contohnya kuasa barat, sekali gus mengetepikan pendirian diri untuk bersuara memperjuangkan isu Kashmir.

“Kita juga cepat sangat menolong dalam hal berbeza, tetapi tidak begitu dalam perkara memerlukan kita bersatu hati atau berjuang bersama-sama seperti isu Kashmir. Dengan sikap ini, perbincangan tidak ada antara banyak pihak daripada peringkat NGO dan parti politik, tidak ada komunikasi.

“Kita juga mendapati kita tidak mengiktiraf siapa sebenarnya musuh kita, akhirnya orang lain definisikan pihak ini sebagai musuh, padahal kita tahu musuh sebenar kita adalah Zionis, Israel, ini masalah kita,” katanya.

Mengulas isu berkenaan, Mohamad Sabu menyifatkan acara anjuran MAPIM itu sebagai usaha amat baik bagi terus menggalakkan kesedaran soal hak asasi kemanusiaan, termasuk membabitkan masalah dihadapi penduduk Kashmir.

Beliau berkata, usaha itu juga ‘membuka mata’ mengenai kepentingan dan kewajaran untuk pihak berkaitan membenarkan pelaksanaan referendum atau pungutan suara bagi membolehkan rakyat Kashmir mengundi untuk menentukan pilihan serta hak mereka menerusi cara demokratik.

Namun, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berpendapat, perkara itu sukar dijayakan kerana PBB tidak bebas sepenuhnya dan dikawal kuasa besar dunia.

“Misalnya kenapa mereka boleh buat referendum di Selatan Sudan referendum di Timur Timor (Timor Leste), tetapi tidak boleh lakukan referendum di Kashmir.

“Biar rakyat Kashmir menentukan mereka mahu merdeka ke, mahu Pakistan ke, mahu India ke,” katanya kepada Getaran.

Mohamad berkata, beliau sangat kesal dengan negara Islam yang sekarang ini seolah-olah berebut untuk berhubungan dengan Israel walaupun setiap hari rakyat Palestin terbunuh seperti dipertontonkan di televisyen.

“Wang minyak negara Islam ini sepatutnya dikaut bagi membantu golongan tertindas, tetapi banyak yang dihabiskan untuk perkara lain.

“Semua negara Islam sepatutnya berganding bahu membantu golongan tertindas, tapi usaha ini tak ada. Negara kaya tidak peduli walaupun sewajarnya mereka ini yang patut memainkan peranan untuk membantu. Ini kita kesalkan,” katanya. - Getaran, 29 November 2021

Sorotan

1

Suu Kyi Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Tahun

2

Menara 188 Disewakan Kepada Syarikat Swasta, Hospitality 360

3

Rangnick Bermula Dengan Langkah Kanan Bersama United

4

Penyiar Pembunuh Industri Kreatif Hiburan Dalam Senyap!

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Hamilton Juara GP Arab Saudi, Kongsi Puncak Kejuaraan Dunia Bersama Verstappen

Semasa 18 jam yang lalu

Bintara Kanan Maritim Hadapi 32 Tuduhan Terima Suapan

oleh Nik Khaleef Fitri

Semasa 1 hari yang lalu

Berasak Di Kedai Permainan, Polis Jejak Sekumpulan Lelaki

oleh Fitri Nizam

Politik 1 hari yang lalu

PRN Sarawak Bermula Dengan Penamaan Calon Esok