web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mindef Gagal Kutip RM10.30 Juta Sewa Tanah, Bangunan - Audit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan hasil sewa tanah dan bangunan yang lemah dikenal pasti menjadi punca sejumlah RM10.30 juta hasil sewa gagal dikutip Kementerian Pertahanan (Mindef), menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020.

Laporan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang menduduki 139 premis Mindef bagi menjalankan perniagaan peruncitan di dalam kem tentera gagal membayar jumlah RM1.31 juta hasil sewa mereka setelah tempoh pajakan premis tamat pada 31 Mei 2014.

“Pengiraan hasil sewa itu dibuat dari 1 Jun 2014 hingga 31 Disember 2017 berdasarkan tuntutan bayaran pajakan oleh Mindef kepada PERNAMA bertarikh 20 Disember 2000.

“Selain itu, pihak audit  turut mendapatkan penilaian sewa daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi pengiraan hasil sewa 2018 hingga 2020 membabitkan PERNAMA yang berjumlah RM8.99 juta,” menurut laporan itu.

Laporan itu memaklumkan perjanjian pajakan ditandatangani PERNAMA dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) pada 5 Mei 2010 bagi 139 premis di tanah kegunaan Mindef seluruh Malaysia adalah bagi tempoh 15 tahun bermula 1 Jun 1999 hingga 31 Mei 2014.

Laporan itu mengesyorkan supaya usul dengan pihak PTP dibuat bagi mendapatkan kelulusan sewa tanah dan bangunan kegunaan Mindef untuk membolehkan proses penyediaan perjanjian sewa semua premis diduduki PERNAMA disegerakan.

Selain itu, laporan berkenaan turut membangkitkan sejumlah RM178,658 hasil sewa 36 lot kedai di Pangkalan Tentera Udara bagi 2019 dan 2020 tidak dikredit sebagai hasil kerajaan sebaliknya dimasukkan ke Tabung Kebajikan Unit Tentera Udara.

“Perkara itu berlaku disebabkan pengurusan Pangkalan Udara telah menggunakan surat Kementerian Kewangan bertarikh 8 Jun 1985 sebagai asas mengkreditkan sewa bagi 36 lot kedai berkenaan ke Tabung Kebajikan Unit,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, tindakan tersebut bercanggah dengan Perenggan 2 Surat Kementerian Kewangan bertarikh 8 Jun 1985 yang memberi persetujuan hasil dikutip daripada pengusaha Kantin Angkatan Tentera  diluluskan bagi bayaran rebat Kantin Angkatan Tentera sahaja.

Justeru laporan mengesyorkan Bahagian Pembangunan Mindef membuat pemantauan terhadap semua perjanjian sewaan diuruskan Markas Pemerintahan Perkhidmatan bagi memastikan semua kutipan sewaan yang sepatutnya diakaunkan sebagai hasil kerajaan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad