web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Fucuk Kotor, Penuh Najis Tikus Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 4:28PM

Keadaan sebuah kilang memproses fucuk yang menjijikkan semasa Ops Bersih dilakukan di kilang berkenaan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Sebuah kilang memproses fucuk dekat sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor, meloyakan dan menjijikkan selain terdapat najis tikus di ruang pemprosesan makanan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata keadaan kilang tersebut disifatkan sebagai tidak layak beroperasi dan perlu menghentikan segala kerja memproses makanan dengan kadar segera.

“Boleh dikatakan keadaan kilang fucuk ini sangat kotor dan membimbangkan ... boleh dikatakan 200 peratus kotor dan tidak layak beroperasi memandangkan tahap kebersihan premis tidak menepati standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Op Bersih yang dilaksanakan di kilang terbabit di sini, hari ini.

Beliau berkata kilang tersebut didapati tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dan dipercayai beroperasi melebihi 10 tahun dan dikenakan kompaun kira-kira RM5,500.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah keluarkan tiga kompaun kira-kira RM5,500 berdasarkan kesalahan tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar bawah KKM dan beroperasi tanpa kebenaran manakala notis dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang turut serta dalam operasi ini iaitu berniaga tanpa lesen bernilai RM500.

“Arahan penutupan premis adalah di bawah Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini,” katanya sambil menambah, kilang memproses fucuk tersebut sebelum ini pernah diarahkan menutup operasi atas kesalahan sama kira-kira tiga tahun lepas.

Beliau berkata antara kesalahan lain yang dilakukan adalah terdapat seorang pekerja kilang itu yang merupakan warga Myanmar tidak menerima suntikan tifoid selain tidak memakai kelengkapan yang sesuai semasa mengendalikan makanan di samping terdapat binatang peliharaan seperti anjing berada di dalam premis berkenaan yang sememangnya tidak mematuhi prosedur ditetapkan.

“Sebab utama penutupan ini juga adalah disebabkan ada najis tikus, lalat dan lipas sebab berkait dengan keracunan makanan yang boleh menyebabkan pencemaran sama ada bakteria dan fizikal ... jadi perlu tutup sebelum berlakunya kes keracunan makanan,” katanya sambil menambah produk fucuk tersebut dipercayai akan dipasarkan ke negeri di selatan tanah air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Op Gempur Raya: 39 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Kilang Seluruh Negara

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad