web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP COVID-19, Sokongan Untuk OKU Buta Masih Rendah - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 8:30AM

Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun sudah hampir dua tahun negara diancam wabak COVID-19, masih ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak bersifat mesra orang kelainan upaya (OKU).

Ahli Dewan Negara mewakili OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, sejumlah besar SOP sedia ada ketika ini hanya wujud dalam bentuk bertulis dan tidak sesuai untuk OKU cacat penglihatan.

“Tentu sekali saya menerima banyak rungutan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu dan kebanyakannya mengenai SOP daripada sahabat-sahabat saya yang OKU penglihatan.

“Mereka sukar keluar rumah. Nak pergi klinik mahupun beli barang pun mereka takut kerana mereka tidak tahu macam mana nak praktikkan penjarakan sosial,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mengakui perlu ada SOP khusus untuk golongan tersebut, Ras Adiba bagaimanapun berkata, sokongan orang ramai terhadap mereka masih di tahap rendah.

“Ya tentu sekali mesti dibuat SOP khas untuk semua tetapi terus terang saya katakan negara kita masih belum bersedia lagi untuk memberi sokongan secara sepenuhnya.

“Kita selalu memberi cadangan, meuar-uarkan maklumat tetapi amat penting untuk pastikan sesuatu yang kita sarankan itu ada kesinambungannya. Jadi kita yang celik ini bertanggungjawab bantu mereka. Kita hidup sebagai Keluarga Malaysia, kita perlu menyokong satu sama lain supaya semua dapat hidup dalam keadaan selesa sungguhpun dalam keadaan norma baharu,” katanya.

Mengenai pelitup muka, Ras Adiba menjelaskan, tidak semua golongan OKU selesa memakai pelitup muka yang diwajibkan ketika ini.

Justeru katanya, ibu bapa dan orang sekeliling memainkan peranan penting untuk mendidik dan memberi penjelasan kepada mereka.

“Ada tujuh kategori OKU dan setiap dari kami ada kelebihan dan keistimewaan berbeza. Jadi SOP untuk OKU haruslah berlembut sedikit.

“Kita tak boleh fikirkan mereka tahu semua. Orang bukan OKU tak boleh jadi selfish. Kita kena tunjuk cara sebaiknya untuk mereka fahami apa yang ingin disampaikan terutamanya soal SOP,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap maklumat berkaitan SOP untuk golongan OKU perlu dibuat mengikut kategori kelemahan masing-masing.

“Saya berikan contoh Autisme. Mereka perlu diberitahu ‘kamu setiap hari kena pakai pelitup muka ini, begini caranya’. Tunjuk gambarajah dan perlu ada jadual bagaimana nak buat itu, bagaimana nak buat ini.

“Elakkan penggunaan warna merah dan putih dalam video kerana tidak sesuai untuk golongan ini. Jadi pastikan buat research dulu. Untuk OKU pembelajaran gunakan foto dan visual yang tidak terlalu sarat dengan maklumat sehingga sukar difahami golongan ini," jelasnya.

OKU penglihatan pula tambah Ras Adiba, berdepan cabaran yang cukup tinggi.

"Pastikan risalah dicetak menggunakan teknologi braille agar mereka fahami apa yang ingin disampaikan sungguh pun tidak mempunyai suara latar. 

"Bahasa isyarat juga amat penting untuk OKU pendengaran dan sebaik-baiknya adakan keperluan itu di rancangan televisyen,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad