web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Wakil Bukan Politik Dari Myanmar Dibenar Sertai Sidang Kemuncak ASEAN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 4:31PM

Sidang Kemuncak ASEAN hujung bulan ini tidak akan mengundang Min Aung Hlaing sebaliknya Myanmar diminta menghantar wakil bukan politik untuk menyertai sidang berkenaan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Keputusan untuk tidak mengundangkan Jeneral Min Aung Hlaing yang mengetuai rampasan kuasa Myanmar Februari lalu sudah dimuktamadkan dalam Mesyuarat Tergempar Menteri Luar ASEAN semalam.

Serentak dengan itu, Myanmar diminta menghantar wakil bukan politik bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN hujung bulan ini.

Sidang Kemuncak itu akan diadakan pada 26 hingga 28 Oktober secara maya bagi membincangkan pelbagai agenda, termasuk membabitkan isu COVID-19 dan gelembung pelancongan antara negara ASEAN yang menyaksikan sektor pelancongan terjejas teruk sejak awal tahun lalu.

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pendirian negara anggota ASEAN berhubung isu Myanmar menjelang sidang itu diputuskan selepas junta tentera Myanmar gagal memenuhi lima konsensus digariskan dan diterima kerajaan pimpinan junta tentera Myanmar April lalu.

Menurut beliau, ia termasuk membenarkan Utusan Khas ASEAN Ke Myanmar, Erwan Mohd Yusof mengunjungi negara bergolak itu bagi mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan kerajaan pimpinan jeneral Aung Hlaing enggan membenarkan Erwan yang mempengerusikan mesyuarat tergempar semalam, menemui bekas Perdana Menteri Myanmar, Aung Sang Suu Kyi. Ini jelas menunjukkan mereka (junta tentera Myanmar) tidak mematuhi konsensus lima perkara dipersetujui sebelum ini," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Dialog Perancangan Projek Solusi Kerjasama Rentas Parti Malaysia-Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) Indera Mahkota, di sini, hari ini. 

Saifuddin berkata, walaupun junta tentera Myanmar membenarkan Erwan mengunjungi negara itu, namun tindakan mereka tidak membenarkan Erwan sebagai wakil khas ASEAN untuk berjumpa dengan Suu Kyi adalah sangat mengecewakan. 

"Jadinya, (mesyuarat tergempar) semalam kita buat keputusan itu (tidak membenarkan jeneral Aung Hlaing menyertai sidang kali ini), tapi ia tidaklah bermakna kita mahu menyingkirkan Myanmar dari ASEAN. Kita tidak pernah mempersoalkan cara rakyat negara dalam ASEAN untuk memilih kerajaan mereka, itu hak merekalah," katanya. 

Khamis lalu, jurucakap junta tentera Myanmar, Zaw Min Tun dilaporkan Reuters berkata, pihaknya tidak akan membenarkan Erwan mengadakan pertemuan dengan Suu Kyi yang kini dikenakan perintah tahanan di rumah. 

Min Tun berkata, sistem perundangan negara itu adalah adil dan bebas bagi menangani kes Suu Kyi yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah laku, termasuk penipuan dalam pilihan raya negara berkenaan pada November tahun lalu. 

Saifuddin bagaimanapun berharap kerajaan Myanmar tetap dapat menghantar wakil untuk sidang kemuncak kali ini dan menyifatkan keputusan tidak menjemput wakil kerajaan junta tentera tidak menjejaskan hubungan antara Myanmar dan negara anggota ASEAN lain. 

Sementara itu, ketika mengulas mengenai dakwaan kononnya beliau terbabit dengan proses kerajaan menarik diri daripada membuat rayuan mengenai tuntutan Pedra Branca atau Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Saifuddin menjelaskan keputusan itu bukan dibuat oleh beliau. 

"Keputusan menarik diri daripada membuat rayuan di ICJ dilakukan pada 28 Mei 2018 dan kalau semua masih ingat, proses lantikan Menteri Kabinet ketika Pakatan Harapan (PH) diadakan dua sesi. Sesi pertama hanya 10 Menteri dilantik, saya hanya mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar pada 2 Julai 2018 dan saya fikir adalah jelas bahawa ia (keputusan menarik diri daripada membuat rayuan) bukan keputusan saya," katanya. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad