web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB Dapat Kebenaran Sampaikan Writ Saman Pada 6 Pihak Di Luar Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 5:58PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk menyampaikan writ samannya terhadap enam pihak termasuk dua syarikat perbankan, di luar negara.

Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon membenarkan permohonan 1MDB untuk kebenaran menyerahkan writ saman itu kepada defendan yang berada di luar negara.

Enam pihak itu ialah syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarik Isam Ahmed Obaid (Tarik Obaid) dan warga Britain, Patrick Andrew Marc Mahony (Patrick Mahony).

Kesemua pihak itu merupakan defendan kedua hingga ketujuh dalam tuntutan saman difailkan 1MDB bernilai US$1.83 billion antaranya atas dakwaan melanggar kontrak, cuai dan melakukan konspirasi jenayah bagi penyelewengan dana 1MDB.

Perkara itu disahkan oleh peguam dari Messrs. Rosli Dahlan Saravana Partnership semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Ya, kami sahkan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan plaintif bagi kebenaran untuk menyampaikan notis writ di luar bidang kuasa terhadap defendan di luar negara.

"Selepas mendengar hujah peguam plaintif, mahkamah mengeluarkan perintah yang membenarkan permohonan kami. Mahkamah turut menetapkan 8 Nov sebagai tarikh untuk pengurusan kes berikutnya,” kata peguam 1MDB itu selepas prosiding secara maya.

Beliau menambah setakat hari ini defendan pertama Deutsche Bank (Malaysia) Bhd telah disampaikan writ saman itu.

1MDB selaku plaintif secara ex parte telah menfailkan notis permohonan itu secara berasingan pada 27 Ogos lepas, untuk mengeluarkan dan menyampaikan writ saman serentak bagi penyampaian di luar bidang kuasa.

Defendan pertama, Deutsche Bank, adalah pihak tempatan, dan Peraturan Mahkamah membenarkan permohonan dibuat terhadap defendan kedua hingga kelima walaupun mereka berada di luar Malaysia, antara lain di Zurich dan Geneva, Switzerland; Al Khobar di Arab Saudi dan Grand Cayman di Kepulauan Cayman, sementara defendan keenam Tarik Obaid adalah penduduk Al-Khobar, Arab Saudi, defendan ketujuh Patrick Mohany di London, Britain.

Dalam permohonan itu plaintif turut memohon kebenaran untuk menyampaikan writ saman serentak terhadap semua defendan di mana sahaja mereka boleh ditemukan.

Pada 7 Mei lepas, 1MDB memfailkan saman itu dengan menamakan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, Coutts & Co, J.P. Morgan (Switzerland), Petrosaudi International, Petrosaudi Holdings (Cayman), Tarik Obaid dan Patrick Mahony sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Plaintif mendakwa kesemua defendan cuai, melanggar kontrak dan berkonspirasi untuk menipu 1MDB sehingga menyebabkan kerugian kepada syarikat berkenaan serta menjejaskan reputasi dan nama baik 1MDB. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad