web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjaga Wanita Mengaku Tidak Bersalah Aniaya Kanak-Kanak Autisme

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 5:14PM

Tangkap layar dari video yang dikongsi oleh bapa mangsa menunjukkan Sharifah mengheret kanak-kanak itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga wanita yang videonya tular di media sosial kerana mengasari seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah Pusat Intervensi Autisme, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu, pada 1 Oktober lepas.

Sharifah Mazlan, 51, warga Singapura membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Tertuduh didakwa sebagai penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu di sebuah Pusat Intervensi Autisme, Bandar Baru Ampang, dekat sini pada 10 pagi, 1 Oktober lepas.

Ibu kepada tiga orang anak itu dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh seorang warganegara asing selain kes itu telah mendapat liputan meluas media kerana melibatkan kepentingan awam.

“Sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pendakwaan mencadangkan satu jaminan tinggi dikenakan berserta syarat-syarat tambahan,” kata Suriantiazila.

Peguam Samry Masri yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya diikat jamin atas alasan dia mempunyai tanggungan keluarga dan merupakan ibu kepada tiga anak.

“Meskipun tertuduh seorang warga Singapura, dia telah berkahwin dengan orang tempatan sejak 1998 dan suaminya berasal dari Perak. Tiga anaknya yang berusia 17, 19 dan 21 tahun merupakan warga Malaysia dan dua daripada mereka adalah penghidap autisme,” kata peguam itu yang turut memaklumkan tertuduh dan keluarganya telah menetap di Ampang sejak 20 tahun lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dia perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal di Malaysia melebihi tempoh sah selama sembilan bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada 12 tengah hari, 8 Okt lepas mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 pindaan 2002.

Kesalahan itu juga boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah dikenakan sebatan tidak lebih enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Maizan Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan tarikh sama (9 Dis) ditetapkan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Anggota Trafik Peras Ugut Warga Singapura: Polis Mohon Bantuan Pejabat Konsulat

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad