Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahkamah Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas Jurujual 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 6:03PM

Sam Ke Ting bersama peguamnya hadir di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita yang didakwa memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Sebelum ini, wanita berkenaan dipanggil membela diri pada 18 Februari lalu, selepas kali pertama dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada 28 Oktober 2019, tanpa dipanggil membela diri kerana pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Sam Ke Ting, 26, bagaimanapun diarahkan Mahkamah Tinggi untuk membela diri selepas pihak pendakwaan menfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 10 November 2019.

Majistret Siti Hajar Ali yang membuat keputusan itu sebelum ini, hari ini, memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap Ke Ting di akhir kes pembelaan. 

Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata, keterangan diberikan wanita tersebut ketika membela diri adalah munasabah dan bukan penafian atau rekaan semata-mata. 

"Setelah mendengar keterangan dikemukakan dan menimbang hujah pendakwaan serta pembelaan di akhir kes pembelaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan kesalahan ke atas tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah. 

"Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan," katanya. 

Siti Hajar memberikan beberapa alasan penghakiman, termasuk keterangan tertuduh tentang pengetahuannya mengenai aktiviti basikal lajak di lokasi kejadian iaitu di Jalan Lingkaran Dalam di sini. 

Beliau juga berkata, tertuduh tidak melihat sebarang tanda amaran tentang adanya aktiviti basikal lajak yang berlaku di lokasi itu ketika hari kejadian, kira-kira jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

"Tertuduh dalam keterangan membela diri berkata, dia tidak tinggal di kawasan lokasi kemalangan dan tidak tahu ada aktiviti berbasikal lajak di situ.

"Tertuduh juga ada menyatakan tidak melihat sebarang tanda amaran berhubung aktiviti berkenaan," katanya. 

Siti Hajar turut berkata, keterangan tertuduh bahawa dia memandu kereta di bawah had laju dan berada di lorong kiri juga adalah munasabah apabila siasatan dan kajian dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berpendapat, kelajuan kereta dipandu tertuduh adalah antara 44.53 hingga 74.86 kilometer sejam. 

"Keterangan tertuduh yang menyatakan bahawa permukaan jalan dan keadaan lokasi kemalangan yang gelap, berbukit serta berselekoh sehingga tidak dapat melihat wujudnya sekumpulan basikal lajak yang memenuhi ketiga-tiga lorong jalan itu juga munasabah," jelasnya. 

Siti Hajar berkata, terdapat juga keraguan identiti pemandu sebenar kereta yang didakwa dipandu tertuduh, berikutan terdapat kemungkinan munasabah tertuduh menumpang kereta yang dipandu rakan, susulan terdapat keterangan saksi mata berhubung kewujudan seorang lelaki Cina di lokasi kejadian. 

Sebelum tamat prosiding, Siti Hajar turut menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga lapan mangsa kemalangan berkenaan, bagaimanapun beliau menjelaskan di akhir kes pembelaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh ke atas pertuduhan jika terdapat hanya satu keraguan yang munasabah.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili tertuduh tidak mahu memberi sebarang komen kerana yakin pihak pendakwaan akan menfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah. 

"Kami tidak mahu memberi sebarang komen kerana kes belum selesai. Saya percaya pihak pendakwaan akan menfailkan rayuan," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali yang mewakili pendakwaan bersama Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahmam mengesahkan akan menfailkan notis rayuan dalam masa terdekat. 

Berdasarkan pertuduhan, Ke Ting didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lesen memandunya yang digantung sejak dia didakwa pada 2017, dikembalikan semula kepada tertuduh. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

Luar Negara 8 jam yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Pendidikan 1 hari yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

oleh Sophia Ahmad