web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rogol Anak OKU, Bapa Kudung Tangan Dipenjara 15 Tahun, 10 Sebatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 4:31PM

Tertuduh yang berusia 50 tahun dan kudung sebelah tangan, mengaku salah merogol anak kandungnya yang juga OKU di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kejam dan berhati iblis, gambaran itu mungkin paling layak diberikan terhadap seorang lelaki di sini, kerana tergamak memperkosa anaknya yang juga seorang remaja kelainan upaya (OKU).

Atas perbuatan keji itu, tertuduh yang berusia 50 tahun dan kudung sebelah tangan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun empat bulan ketika kejadian.

Perbuatan tersebut dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Kuala Krai, pada jam 11.59 malam 18 Ogos lalu dan ia sempat dirakam mangsa menggunakan telefon bimbitnya, sebagai bukti.

Siasatan mendapati, video berkenaan jelas menunjukkan bahawa tertuduh merogol mangsa tanpa kerelaan.

Tertuduh yang bekerja sebagai penjaja  didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dibawa oleh Pengerusi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut sebelum membuat laporan polis.

Mangsa yang tidak boleh menggerakkan kedua-dua belah kaki memberitahu, dia mula dirogol bapanya pada Mac 2017, iaitu seminggu selepas kematian ibu tirinya.

Perbuatan tersebut jelas mangsa, kerap berulang selepas itu sehingga melebihi 30   kali di dalam bilik tidurnya.

Pemeriksaan perubatan juga mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa yang disahkan oleh Pegawai Perubatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah memberi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, kerana sanggup melakukan perbuatan sekeji itu terhadap anak kandungnya sendiri yang juga seorang OKU fizikal.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia hanya bergantung kepada pendapatan sebanyak RM300 sebulan. - Getaran, 10 Oktober 2021

Keterangan gambar:
Tertuduh berusia 50 tahun yang kudung sebelah tangan mengaku salah rogol anak kandungnya yang juga OKU dijatuhi penjara 15 tahun, 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar