web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nisbah Seorang Ahli Psikiatri Untuk 100,000 Orang Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 5:06PM

Dr. Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia kini mempunyai kira-kira 500 ahli psikiatri dengan nisbah seorang ahli psikiatri untuk lebih kurang 100,000 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata nisbah yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah seorang ahli psikiatri untuk 10,000 orang, oleh itu bagi mengimbangi perbezaan tersebut dengan berkesan, profesional penjagaan kesihatan lain perlu meningkatkan kemahiran bagi menilai dan mengurus masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. 

"Malaysia kini mempunyai lebih dari 57,000 doktor, dengan doktor am terdiri daripada 6,700 yang berkhidmat di bandar dan di luar bandar. Kaedah paling berkesan adalah untuk memperkasakan doktor ini dan doktor keluarga.

"Ini tetap menjadi tumpuan dalam kebanyakan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar, melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang mencukupi dan rawatan terkini dalam psikiatri akan menjadikan mereka dalam keadaan baik mendiagnosis penyakit mental dalam masyarakat untuk pengesanan awal," katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian dalam ucap tama pada ‘Training Day in Psychiatry’ Hari Kesihatan Kesihatan Mental Sedunia 2021 anjuran Akademi Perubatan Malaysia serta Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia, yang diadakan secara maya hari ini.

Beliau berkata gangguan mental adalah antara keadaan kesihatan yang paling biasa di seluruh dunia dan oleh itu perlu dianggap sebagai keutamaan kesihatan global.

Merujuk kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, Dr Noor Hisham berkata Malaysia melaporkan berlakunya masalah kesihatan mental sebanyak 29.2 peratus dalam kalangan orang dewasa berusia 16 tahun ke atas, dengan peningkatan trend dalam kalangan orang dewasa dari 10.7 peratus pada 1996 kepada 29.2 peratus pada 2015.

Beliau berkata prevalen kemurungan terkini adalah 2.3 peratus, merangkumi kira-kira setengah juta orang, dan wanita bujang dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah berisiko lebih tinggi.

Mengakui dan memuji pengorbanan yang dilakukan oleh barisan depan sejak bermulanya pandemik COVID-19, beliau berkata terdapat keperluan berinovasi dalam menangani dan merawat pesakit bukan COVID dalam tempoh pandemik.

"Pelaksanaan perkhidmatan baharu seperti perkhidmatan ‘Advanced Acute Internal Medicine’ (AAIM) di hospital termasuk Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, telah menunjukkan faedah ketara dalam mengurangkan kemasukan perubatan bukan COVID yang membantu mengurangkan kesesakan wad perubatan.

"Di samping itu, penurunan ketara purata tempoh tinggal pesakit bukan COVID (ALOS) mengakibatkan penurunan kadar jangkitan nosokomial (berkaitan dengan penjagaan kesihatan) dalam kalangan pesakit yang dirawat di hospital dan membolehkan penggunaan semula tenaga dan sumber yang cekap untuk memerangi COVID," katanya.

Program latihan secara maya yang bertemakan 'Kesihatan Mental Dalam Dunia Berbeza' itu memaparkan pelbagai topik penting daripada kemurungan hingga penyakit mental pada kanak-kanak, mengumpulkan lebih 600 doktor dari pelbagai bahagian rangkaian rawatan kesihatan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad