web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sibu Terima Hospital Medan ATM 15 Oktober

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 9:20AM

Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) Sibu dijangka beroperasi secara rasmi pada 15  Oktober ini

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebuah hospital medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal dibina di Sibu, susulan kepadatan pesakit di hospital daerah itu akibat penularan COVID-19.

Jurucakap Briged Kesembilan Infantri Malaysia berkata, ini adalah hospital medan kedua dibina di Sarawak selepas yang pertama di Kapit, bertujuan untuk membantu pihak Hospital Sibu menguruskan pesakit bukan kes COVID-19.

Menurut beliau, Hospital Medan Sibu itu dijangka siap pada 15 Oktober ini, dengan atur gerak awal bermula Jumaat, bagi menempatkan pesakit buat sementara di Holding Bay Area, sekali gus beban petugas perubatan di Hospital Sibu.

"Kerja-kerja  pembersihan dan persiapan penubuhan Hospital Medan Sibu ini telah diaturgerak dan  diketuai Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah (AW), Leftenan Kolonel Ahmad Halim Mohd Rosli selaku Ketua Timbalan Persiapan Hospital Medan Sibu  serta 10 anggota dari Rejimen 510 Askar Wataniah (AW).

"Pembinaan hospital ini dibahagikan kepada empat fasa, iaitu penubuhan  Holding Bay Area di parkir Zon 5, dengan kerja pemasangan lima khemah  jenis TM36 dan Holding Bay ini akan diselia sepenuhnya petugas Hospital Sibu," katanya.

Fasa kedua ialah menyusun atur kedudukan khemah dan penempatan 100 buah  katil yang dikoordinasikan pihak Hospital Sibu. 

Seterusnya, fasa ketiga ialah pembukaan Hospital Medan Sibu yang dijangka beroperasi secara rasmi pada 15 Oktober dan akan diaturgerak sepenuhnya oleh staf perubatan dari 1 Batalion Ubat.

Jurucakap itu berkata, fasa keempat pembinaan membabitkan penarikan Hospital Medan Sibu yang akan dilaksanakan  setelah kes semakin berkurangan dan sehingga Hospital Sibu mampu mengendalikan pesakit seperti sediakala.

" Persiapan itu bersesuaian dengan Perintah Ulung Panglima Tentera  Darat Ke-28 dalam tonggak kelima iaitu peningkatan hubungan Tentera Darat  dengan masyarakat awam. 

"Persiapan ini juga telah dilaksanakan secara norma baharu  dengan penglibatan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang minimum  dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Jelas beliau, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi  lain akan diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.

"Misi seterusnya ialah membantu negara dalam mengekang penularan wabak COVID- 19," katanya.- Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad