web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDNHEP Johor Keluar 25 Kompaun Sejak Fasa 2

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 8:40PM

Mohd Hairul Anuar (baju putih) memeriksa sebuah farmasi di Johor Bahru. - Gambar ihsan KPDNHEP Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mencatatkan jumlah nilai kompaun sebanyak RM2,500 ke atas peniaga, sejak negeri ini beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Sejak dikuatkuasa 24 September lalu sehingga kelmarin, 25 kompaun dikeluarkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Timbang Sukat (ATS) 1972.

Selain kompaun, 30 notis juga dikeluarkan KPDNHEP Johor mengikut Seksyen 21 AKHAP 2011 untuk siasatan lanjut. 

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya sudah menjalankan 2,760 pemeriksaan terhadap pengilang, pemborong dan peruncit di seluruh negeri sejak beralih ke Fasa 2 PPN.

"Susulan daripada pemeriksaan ini, 25 tindakan telah diambil dengan nilai kompaun sebanyak RM2,500.

"Tiga puluh notis lagi dikeluarkan kepada peniaga bagi tujuan siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat kenaikan harga yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan," katanya hari ini.

Beliau memberitahu, 26 kompaun juga dikenakan ke atas pesalah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), membabitkan nilai kompaun RM129,500. 

Katanya, rekod itu dicatatkan sejak pelaksanaan penguatkuasaan yang dibuat oleh KPDNHEP terhadap pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akta 342, bermula 13 Mei tahun lalu sehingga kelmarin.

Mohd Hairul Anuar berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan berhubung bekalan barangan keperluan asas di negeri ini sepanjang tempoh PPN. 

"Pemeriksaan dan pemantauan ini dipertingkatkan lagi dalam tempoh Fasa 2 PPN bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas di pasaran mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah.

"Kita juga konsisten dan bertanggungjawab mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran, bagi memastikan rangkaian pengedaran pemborongan dan peruncitan mengikut SOP supaya sektor ini tidak terjejas," katanya.

Menurut beliau, ia dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi di pasaran," katanya. 

Beliau menarik perhatian, pihaknya juga mengambil maklum aduan kenaikan beberapa jenis barangan keperluan harian seperti barang basah dan segar, terutamanya di lokasi tumpuan seperti pasar awam dan basah sejak akhir-akhir ini.

"Tindakan proaktif sudah diambil dengan mengumumkan harga kawalan bagi barangan yang mendapat permintaan tinggi ketika ini seperti Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 dan penetapan harga minyak masak jenis botol yang dijangka terus meningkat sekiranya tidak dikawal," jelasnya. 

Antara tindakan yang dikuatkuasakan mengikut AKHAP 2011 dalam memastikan kestabilan harga barang di pasaran adalah dengan mengawal pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga, dan memastikan penjualan barang pada harga terkawal. 

Selain itu, KPDNHEP Johor turut menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 bagi mewajibkan peniaga meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual. 

Terdahulu, Mohd Hairul Anuar mengetuai proses pemantauan dan pemeriksaan yang diadakan di sekitar Pusat Perniagaan Bandar Baru Uda dan pusat beli-belah Angsana Johor Bahru di sini. 

Sekurang-kurangya 50 premis sektor peruncitan seperti pasar raya, farmasi, kedai runcit, kedai tekstil, kedai emas, restoran, dan sebagainya diperiksa. 

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya membeli barangan mengikut keperluan 

"Pengguna dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP dan nasihat kesihatan terutamanya ketika keluar mendapatkan barangan keperluan harian. 

"Kita akan sentiasa memantau dan melaksanakan pemeriksaan supaya bekalan asas dan harian adalah mencukupi bagi rakyat negeri ini," katanya.

Peniaga juga jelas beliau, dinasihatkan supaya mematuhi segala undang-undang perniagaan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangya.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga," tegasnya. - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad