web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 2 Pesakit Mental Meninggal Mengejut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 4:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Dua lelaki yang merupakan penghuni sebuah pusat psikiatri di Tikam Batu dekat sini, ditemui meninggal dunia secara mengejut kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Shah berkata, mayat kedua-dua mereka yang berasal dari Negeri Sembilan dan Perak kini sudah diserahkan kepada pihak hospital untuk proses bedah siasat dan ujian saringan COVID-19.

“Kematian pertama melibatkan seorang penghuni lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan. Difahamkan mangsa yang baru selesai menikmati makan malam, berbaring di ruang tamu ruang tamu pusat psikiatri tersebut.

“Namun apabila pengurus pusat rawatan itu cuba mengejutkannya untuk makan ubat, lelaki itu bagaimanapun langsung tidak memberi sebarang tindak balas, menyebabkan pengurusan pusat segera menghubungi talian kecemasan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut beliau, petugas kesihatan yang tiba selepas itu mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

Kejadian kedua jelas Adzli, membabitkan seorang lagi penghuni berusia 20 tahun dan berasal dari Perak, yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

“Petugas kesihatan yang hadir setelah dipanggil pihak pengurusan pusat psikiatri tersebut mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

“Difahamkan pesakit psikiatri tersebut sudah pun mendapat suntikan vaksin COVID-19 pada 17 September lalu,” katanya. 

Beliau memaklumkan, mayat kedua-dua individu berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat dijangka dilakukan hari ini.

“Kematian kedua-dua mereka didapati tidak mempunyai unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. - Getaran 30 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Wanita Ditemukan Dalam Rumah, Polis Klasifikasi Sebagai Mati Mengejut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Mental Ditahan, Disyaki Bakar 2 Bengkel Kenderaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pesakit Mental Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Siasatan Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad