Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendekatan Berkesan Perlu Atasi Masalah Pengangguran Siswazah - MBM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 4:22PM

MBM mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan polisi ‘pekerjaan terjamin’ atau menawarkan kontrak sosial kepada pelajar IPT selepas mereka menamatkan pendidikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengenal pasti pendekatan berkesan untuk mengatasi peningkatan kadar pengangguran graduan Bumiputera tahun lalu, bagi mengelakkan implikasi buruk yang berisiko menjejaskan ekonomi individu serta negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata pendekatan itu termasuk mengadakan polisi ‘pekerjaan terjamin’ atau menawarkan kontrak sosial kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mereka menamatkan pendidikan.

Menurut beliau, kerajaan harus menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) membina ekosistem kukuh serta jangka masa panjang.

Inisiatif terbabit, jelasnya, bagi membolehkan pelatih, anak didik dan perintis di syarikat berkenaan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan tepat serta bersesuaian, bukan berbentuk sementara.

Jufitri berkata, bengkel khas juga harus disediakan kepada pelajar tahun akhir untuk mempelajari kemahiran kebolehpasaran pekerjaan, bagi memberikan mereka ilmu tambahan.

“Bengkel ini membolehkan pelbagai senario kehidupan pekerjaan sebenar dikongsi, seperti situasi temuduga, tip apa boleh dan tidak boleh dilakukan serta kemahiran insaniah yang dicari-cari majikan.

“Kerajaan juga boleh mewajibkan universiti dan IPT tempatan menganjurkan bengkel sebegini dengan pembabitan syarikat tertentu, antaranya GLC,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Kajian tersebut mendapati, hanya kira-kira 27 peratus atau 73,400 graduan Bumiputera memperoleh tawaran peluang pekerjaan dalam sektor swasta pada 2020.

Statistik ditunjukkan menerusi kajian bertajuk Kesan Pandemik Terhadap Peluang Pekerjaan Di Kalangan Graduan Bumiputera itu turut menyaksikan pengurangan, berbanding 40 peratus atau 103,900 graduan memperoleh pekerjaan pada 2019.

Menurut Jufitri, IPT harus menawarkan modul yang memenuhi permintaan dan keperluan industri pekerjaan, terutama membabitkan kursus teknologi serta hibrid bagi membolehkan graduan memiliki peluang lebih besar untuk diterima majikan.

“Kerajaan perlu melabur kepada agensi, seperti Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bagi memastikan pembangunan modal insan secara bersasar dilaksanakan, selain memperbanyakkan program capaian kepada pelajar sekolah untuk kursus yang memiliki permintaan tinggi dalam industri.

“Mahasiswa Bumiputera juga tidak boleh terlalu selesa dan mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu ada usaha melalui merit betul,” katanya.

Ditanya risiko kesan jangka masa panjang didepani graduan menganggur, Jufitri berkata, keadaan itu boleh menyebabkan mobiliti sosial tidak dapat bergerak atau menurun akibat pengurangkan sosial ekonomi mereka.

Jelasnya, kesan pengangguran kepada graduan Bumiputera akan lebih terserlah kerana mereka adalah kaum majoriti di Malaysia yang boleh mengakibatkan efek riak (ripple effect) di seluruh negara.

Lebih membimbangkan, katanya, kebergantungan kepada ibu bapa atau keluarga daripada segi kewangan akan berlaku yang menyebabkan kedudukan ekonomi terganggu.

“Kadar jenayah dan masalah atau keganasan domestik, termasuk kesihatan mental mungkin turut meningkat,” katanya. – Getaran, 27 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Fadillah Saran Belia Dalam Sektor Perladangan Lakukan Penyelidikan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Satu Pun Projek Rumah Belia Kerajaan Terdahulu Dilaksanakan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Belia Dizalimi Dunia, Malaysia Harus Laksana 5 Perkara Demi Kelestarian Generasi Muda

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini