web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Altantuya Dapat Kebenaran Akses Salinan Kenyataan Individu Disiasat Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 5:03PM

Dr Shaariibuu Setev - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mendapatkan salinan kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes pembunuhan model Mongolia itu, untuk digunakan dalam saman sivil mereka.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang mengetuai panel tiga hakim berkata kenyataan yang akan diserahkan kepada keluarga Altantuya termasuk kenyataan yang diambil daripada individu sama ada mereka dipanggil sebagai saksi pendakwaan, kenyataan dua bekas anggota polis, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

“Kami memerintahkan salinan kenyataan di bawah Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah) diberikan kepada perayu (keluarga Altantuya) dalam tempoh dua minggu dari tarikh perintah ini,” katanya.

Hakim Nor Bee berkata kenyataan polis yang digunakan dalam perbicaraan kes jenayah itu bukannya dokumen yang dilindungi.

Beliau berkata mahkamah tidak melihat bahaya mengganggu saksi dalam kes ini kerana kes jenayah Azilah dan Sirul Azhar telah lama diselesaikan. 

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Supang Lian dan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya yang sebulat suara membenarkan rayuan oleh keluarga Altantuya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk memperoleh kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes jenayah itu untuk digunakan dalam saman sivil mereka.

Bapa dan ibu Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal memfailkan saman RM100 juta memfailkan saman sivil itu terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia pada 4 Jun 2007 untuk menuntut ganti rugi teladan dan teruk.

Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka menerima ganti rugi. 

Dalam keputusan mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Nor Bee berkata Seksyen 124 Akta Keterangan 1950 berkaitan kenyataan yang tidak didedahkan, tidak terpakai dalam kes keluarga Altantuya.

Beliau berkata kenyataan Seksyen 112 itu perlu kerana maklumat yang terkandung dalam kenyataan itu akan membantu keluarga tersebut untuk meneruskan kes mereka bagi membuktikan pembunuhan itu.

Beliau berkata mahkamah harus sedar tentang realiti praktikal bahawa perubahan boleh berlaku sejak itu dan kemungkinan orang yang dirujuk tidak dapat dikesan atau ada yang mungkin telah meninggal dunia, tidak boleh dinafikan.

“Saksi mungkin enggan ditemu bual dan sebahagian lagi mungkin sukar untuk mengingati semula kejadian itu,” kata Hakim Nor Bee.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006 namun beliau telah dibebaskan daripada pertuduhan pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada pertuduhan namun keputusan itu telah diubah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 susulan rayuan pendakwaan.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili keluarga itu manakala Peguam Kanan Persekutuan Azliza Ali bertindak bagi pihak kerajaan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar