web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Harga Ayam, Industri Setuju Turun Harga

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 7:26AM

Industri setuju untuk menurunkan harga ayam yang mengalami kenaikan sejak awal bulan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pihak industri telah bersetuju menurunkan lagi harga ayam pada peringkat pengeluar serta ladang, supaya harga pada peringkat borong dan runcit dapat distabilkan dan membantu pengguna menikmati harga ayam yang berpatutan. 

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan bersama dikeluarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi  dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, semalam.

Menurut kenyataan itu, dalam mesyuarat antara kedua-dua kementerian itu semalam, kerajaan juga bersetuju untuk meneliti beberapa cadangan daripada pihak industri berkaitan usaha menstabilkan harga ayam.

Antaranya adalah pemberian kemudahan pinjaman mudah bagi membantu industri mengekalkan jumlah pengeluaran ayam yang mencukupi dan menangani isu peningkatan kos pengeluaran berikutan kenaikan harga komponen makanan ayam yang diimport.

Kerajaan juga akan mempertimbangkan kawalan harga di semua peringkat, disokong dengan pemberian subsidi kepada rantaian tertentu sebagai salah satu usaha menangani isu kenaikan harga ayam, katanya.

Turut dipertimbangkan ialah cadangan melaksanakan sistem permohonan permit (AP) bagi penjualan ayam sekiranya usaha kerajaan untuk menangani isu harga ayam tidak mendapat kerjasama daripada peniaga di semua peringkat.

KPDNHEP dan MAFI juga akan memantau rapi isu kenaikan harga ayam standard yang berlaku sejak awal bulan ini iaitu harga runcit didapati melebihi RM10 sekilogram di beberapa kawasan, menurut kenyataan itu.

Berdasarkan data daripada Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) KPDNHEP pada 13 Sept lepas, terdapat 98 premis runcit yang diperiksa telah menjual ayam standard pada harga melebihi RM10 sekilogram.

Susulan itu, KPDNHEP telah melaksanakan pendekatan baharu dengan mengadakan sesi libat urus secara terus dengan peniaga di lokaliti yang mengalami kenaikan harga ayam.

"Usaha ini telah membuahkan hasil apabila data menunjukkan trend penurunan harga ayam berbanding pada awal September dan trend ini dijangka akan terus menunjukkan penurunan, sekali gus dapat menstabilkan harga ayam di pasaran," katanya lagi. 

KPDNHEP juga akan meneruskan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad