web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90% Kadar Vaksinasi Dewasa Dicapai - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:43PM

Aktiviti rentas negeri, pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% peratus populasi dewasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Semalam beliau mengumumkan 80 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga negeri berkuat kuasa Jumaat ini iaitu Negeri Sembilan akan beralih ke Fasa Empat, Pahang beralih ke Fasa Tiga dan Johor pula bakal memasuki Fasa Dua. 

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa Dua, Tiga dan Empat, adalah sama seperti sebelum ini dan keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut memutuskan ketetapan lain termasuk membenarkan kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 malam berkuat kuasa esok. 

Selain itu, operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober ini.

“Pusat, premis dan produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling (selam permukaan), selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuat kuasa 1 Okt dengan semua pengusaha, operator, pelawat dan pengunjung lengkap divaksin,” katanya.

Mengenai kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi, Ismail Sabri berkata mereka dibenarkan hadir dengan kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Ismail Sabri berkata mesyuarat juga menetapkan warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab. Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad