web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AGC Bantah Permohonan Rumah Bonda Cabar Tindakan JKM Keluarkan Notis Sita

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 7:58PM

Siti Bainun (kiri) mendakwa kedua-dua responden bertindak sedemikian sebagai suatu reaksi terburu-buru selepas desakan masyarakat yang menuntut JKM dan kerajaan mengambil tindakan tegas dalam kes itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai Rumah Bonda, bagi mencabar Tindakan Lak atau sita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan ke atas premis itu susulan dakwaan berlaku penderaan terhadap seorang remaja Sindrom Down berumur 13 tahun.

Peguam Kanan Persekutuan Nur Idayu Amir, ketika dihubungi pemberita, berkata pihaknya memaklumkan mahkamah bahawa bantahan itu dikemukakan atas alasan pemohon sepatutnya merayu kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh 30 hari selepas Tindakan Lak mengikut Seksyen 22 Akta Pusat Jagaan 1993.

“Pemohon tidak layak memohon perintah mandamus kerana permohonan itu tidak memenuhi Seksyen 44 Akta Relief Spesifik 1950,” katanya sambil menambah mahkamah menetapkan 15 November untuk memutuskan permohonan itu.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan itu secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Pada prosiding itu, peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Rumah Bonda memaklumkan mahkamah bahawa pemohon tidak membuat rayuan kepada menteri atas alasan terdapat kemungkinan tinggi berlaku sikap berat sebelah.

“Pemohon adalah pertubuhan yang membuka dan menguruskan Rumah Bonda maka permohonan pemohon mempunyai locus standi di mahkamah,” katanya.

Pada 13 Ogos lepas, Rumah Bonda menerusi Pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan itu dan menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat responden.

Antara lain, Siti Bainun mendakwa Notis Tindakan Lak yang dikeluarkan JKM pada 9 Julai terhadap pemohon dan pelaksanaan tindakan itu pada 12 Julai adalah dipengaruhi desakan masyarakat susulan laporan media mengenai dakwaan berlaku penderaan terhadap remaja terbabit yang tular pada 5 Julai.

Siti Bainun mendakwa kedua-dua responden bertindak sedemikian sebagai suatu reaksi terburu-buru selepas desakan masyarakat yang menuntut JKM dan kerajaan mengambil tindakan tegas dalam kes itu sedangkan remaja tersebut tiada kaitan dan bukan penghuni Rumah Bonda.

Remaja itu sebaliknya merupakan anak jagaan Siti Bainun yang diperintahkan oleh Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur pada 14 Julai lepas atas kapasiti peribadi beliau sebagai Orang Yang Layak dan Sesuai.

Siti Bainun memohon deklarasi bahawa sepanjang masa yang material, Rumah Bonda sedang dalam proses permohonan pendaftaran dengan JKM, justeru ia bukan sebuah rumah perlindungan atau pusat jagaan haram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 54 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

4

Semasa 4 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad