Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Peralihan Fasa 2 Menggembirakan, Rakyat Mula Rancang Percutian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 12:30PM

Peralihan Fasa 2 membolehkan ibu bapa di kawasan Lembah Klang membawa anak-anak bersantai dan beriadah, setelah sekian lama terpaksa 'berkurung' susulan pelaksanaan PKP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya menerima reaksi positif majoriti rakyat, apatah lagi ia turut melibatkan kebenaran merentas negeri serta pelancongan domestik di negeri yang sama.

Kelonggaran bersyarat bagi individu lengkap dua dos vaksin itu sedikit sebanyak membuka ruang kepada orang ramai untuk kembali menikmati kehidupan normal.

Jika sebelum ini tumpuan lebih diberikan kepada aktiviti makan atau 'dine in' di restoran, kini kelonggaran untuk melancong di dalam negeri yang sama pula menjadi pilihan.

Difahamkan, pergerakan keluar kenderaan semakin bertambah, serentak dengan ketibaan minggu pertama cuti sekolah.

Tinjauan Getaran di sekitar Lembah Klang mendapati, majoriti penduduk melahirkan rasa teruja, namun tetap berwaspada dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Salbiah Othman
Salbiah Othman

Penjawat awam, Salbiah Othman, 58, berkata, pembukaan semula sektor pelancongan itu amat menggembirakan, kerana ia adalah peluang untuk aktiviti beriadah dan bercuti bersama keluarga.

"Saya rasa sangat teruja boleh keluar bawa keluarga, malah bersyukur kerana kami semua sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

"Bagaimanapun, kami tetap menjaga SOP ditetapkan. Pihak hotel pun menjalankan tugas dengan sangat baik, mereka tidak akan benarkan individu yang tidak cukup dos memasuki kawasan ini," katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, pengambilan vaksin sedikit sebanyak membantu mempercepatkan imuniti kelompok dan mengurangkan kadar jangkitan.

Badariah Othman
Badariah Othman

Pendapat sama turut dikongsi suri rumah,  Badariah Othman, 61 yang menyifatkan kebenaran itu berupaya mengurangkan tekanan selepas terkurung di rumah buat beberapa lama.

"Setelah berbulan kami duduk di rumah, pengumuman kerajaan untuk melonggarkan pergerakan itu membuatkan kami terus merancang percutian bersama keluarga dan adik beradik, memandangkan minggu ini merupakan cuti persekolahan.

"Namun, kami sekeluarga tetap menjaga jarak dan menggunakan pelitup muka walaupun tinggal berdekatan," katanya.

Badariah turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan kerana menunaikan janji, termasuk dengan membenarkan sektor lain turut beroperasi.

Aliff Fudai
Aliff Fudai

Penuntut di universiti swasta, Aliff Fudai, 22 pula berkata, kelonggaran ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan setelah berbulan-bulan tinggal di rumah. 

"Memandangkan saya masih pelajar, banyak masa saya habiskan di rumah sahaja. Tetapi sekarang sudah boleh merentas daerah, jadi sekurang-kurangnya saya boleh jumpa ahli keluarga yang tinggal di negeri yang sama. 

"Percutian bersama keluarga pada kali ini sangat bermakna, ia umpama mimpi setelah sekian lama tidak jumpa," katanya, teruja.

Tinjaun Getaran di sekitar ibu kota juga mendapati, sektor perhotelan, kedai makan dan pusat beli belah giat dibuka, sekali gus merancakkan semula ekonomi negara. 

Sebahagian besar pengunjung juga dilihat begitu berhati-hati dan kekal menjaga SOP malah majoriti antara mereka juga sudah melepasi tempoh matang dos kedua vaksin.

Sebelum inj, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, cadangan kerajaan untuk memberikan kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin membantu menjadi penggalak untuk orang ramai mendaftar sebagai penerima suntikan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, penerima vaksin masih berisiko menyebarkan jangkitan, justeru pematuhan SOP yang ketat perlu sentiasa diamalkan. - Getaran, 12 September 2021.

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri