web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HSKLU Diwarta Semula, Semua Rancangan Pembangunan Dibatal - Menteri Besar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:22PM

Amirudin Shari - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah mencetuskan pelbagai kontroversi, akhirnya Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) kembali diwartakan, malah kerajaan negeri Selangor turut membatalkan rancangan pembangunan di kawasan tersebut.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu kenyataan hari ini selepas pentadbirannya dikecam hebat kerana secara diam-diam menyahwartakan HSKLU pada Mei lalu.

“Kerajaan Negeri akan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit (Gabungan Indah Sdn Bhd).

“Sehubungan dengan itu, kerajaan Selangor akan memulakan proses mewartakan semula HSKLU.

“Pada masa sama, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,435 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan tetap dengan statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal,” jelas Amirudin.

HSKLU adalah satu daripada empat hutan paya gambut yang masih wujud di Selangor.

Salah seorang penduduk Kampung Busut Baru meninjau kawasan hutan simpan Kuala Langat Utara baru-baru ini. - Gambar fail Alif Omar
Salah seorang penduduk Kampung Busut Baru meninjau kawasan hutan simpan Kuala Langat Utara baru-baru ini. - Gambar fail Alif Omar

Hutan tropika seluas 931 hektar dan berusia 8,000 tahun itu juga memainkan peranan sebagai kawasan rayau bagi masyarakat Orang Asli yang menetap di sekitar Kuala Langat.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, kerajaan Selangor telah bersetuju untuk menyahwartakan 104 ekar daripada kawasan HSKLU bagi keperluan Orang Asli suku kaum Temuan yang menetap di Kampung Busut Baru.

“Ia bagi melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru bagi menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006.

“Mereka telah dipindahkan dari penempatan asal mereka pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA,” jelasnya.

Lebih 45,000 surat bantahan telah disampaikan kepada pejabat Perhutanan Negeri Selangor dan lebih 129,034 tandatangan petisyen telah diterima secara atas talian untuk menyatakan bantahan keras terhadap cadangan penyahwartaan status HSKLU. – Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad