web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vaksin Tiba, Buka Lembaran Baharu Malaysia Perangi COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 10:28AM

Pesawat MH604 yang membawa muatan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu untuk melindungi penduduk di Malaysia, selamat tiba apabila pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Pesawat MH604 dengan hiasan livery Jalur Gemilang sebagai simbolik bahawa vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia, membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 itu mendarat pada pukul 10.07 pagi.

Vaksin Pfizer-BionTech yang baru sampai di KLIA dibawa masuk ke kawasan penyimpanan. - Gambar dari FB Wee Ka Siong
Vaksin Pfizer-BionTech yang baru sampai di KLIA dibawa masuk ke kawasan penyimpanan. - Gambar dari FB Wee Ka Siong

Dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) iaitu cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd, penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu menggunakan pesawat Airbus 330-300 bagi membawa vaksin COVID-19 tersebut.

Sebaik mendarat, proses pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik sebuah syarikat logistik, DHL Express berlangsung di kawasan Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA.

Selesai proses pemindahan, trak syarikat logistik itu diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpanan vaksin yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan.

Perjalanan vaksin itu dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh syarikat farmaseutikal itu dan DHL, peneraju dalam industri logistik, melalui perjanjian di peringkat global.

Vaksin itu berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di lapangan terbang di Jerman iaitu Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berswafoto dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di KLIA. - Gambar dari FB Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berswafoto dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di KLIA. - Gambar dari FB Wee Ka Siong

Kementerian Kesihatan  (KKM) mewakili kerajaan Malaysia telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Jan lepas (2021) untuk pembelian vaksin Pfizer-BioNTech itu, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020.

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari lepas.

Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 itu merancakkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar di negara ini yang akan bermula 26 Februari ini.

Program imunisasi itu dibahagikan kepada tiga fasa dengan yang pertama bermula 26 Februari hingga April 2021, melibatkan petugas barisan hadapan sektor awam dan swasta serta petugas dalam perkhidmatan penting dan pertahanan serta keselamatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos 2021, bagi baki petugas kesihatan serta dalam perkhidmatan penting dan pertahanan, kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022, untuk golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara, dengan keutamaan kepada mereka yang berada dalam zon merah, diikuti zon kuning dan hijau.

Dr Adham Baba bersama KP Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berdiri di depan vaksin Pfizer-BioNTech yang baru sampai. - Gambar dari FB Wee Ka Siong
Dr Adham Baba bersama KP Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berdiri di depan vaksin Pfizer-BioNTech yang baru sampai. - Gambar dari FB Wee Ka Siong

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menawarkan diri untuk menerima suntikan vaksin berkenaan pada hari pertama pelaksanaan program itu pada 26 Februari, bersama-sama petugas barisan hadapan.

Program vaksinasi terbesar dengan tema 'Lindung Diri, Lindung Semua' adalah strategi kerajaan untuk memastikan sebanyak mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksin COVID-19 bagi menyelamatkan nyawa.

Sejak pandemik itu dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020, sebanyak 1,051 kes kematian dilaporkan di negara ini akibat COVID-19 setakat Sabtu (20 Februari). Virus itu dilaporkan telah menjangkiti 280,272 orang, dengan 244,753 orang telah sembuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM