web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Lebih Separuh Kes Baharu Belum Vaksin Atau Tak Lengkap Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:00PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 65.9 peratus atau 11,441 kes daripada jumlah keseluruhan 17,352 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin COVID-19. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata inidividu tidak lengkap vaksin terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua. 

"Sebanyak 5,911 kes atau 34.1 peratus pula mempunyai sejarah vaksinasi lengkap, dengan 5,834 daripadanya berada pada Kategori Satu iaitu tidak bergejala dan Kategori Dua bergejala ringan. 

Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata daripada 268 kes Kategori Tiga (bergejala) hingga Kategori Lima (bergejala kritikal), 191 kes atau 71.3 peratus terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) terdiri daripada mereka yang lengkap divaksin.

Dr Noor Hisham berkata 272 kes kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan 227 warganegara dan 45 bukan warganegara.

Kes kematian di luar hospital atau mati ketika dibawa (BID) yang direkodkan hari ini adalah 81 kes terdiri daripada 56 warganegara dan 25 bukan warganegara.

Beliau berkata 20,201 kes sembuh dicatatkan manakala kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini  252,668.

Seramai 975 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 435 orang memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Beliau berkata sebanyak 30 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 16 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan satu di pusat tahanan, menjadikan kluster aktif kini 1,453. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad