web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Mahkamah Kemenangan Belia - UndiSarawak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 8:46PM

Pelaksanaan Undi18 membolehkan kira-kira 135,000 belia Sarawak berusia 18 hingga 20 tahun menjadi pemilih apabila DUN Sarawak dibubarkan sejurus berakhirnya Ordinan Darurat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan Undi18 disifatkan ‘kemenangan’ kepada golongan muda untuk melaksanakan hak mereka sebagai pengundi ketika pilihan raya.

UndiSarawak berkata, keputusan itu secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada semua golongan muda yang layak mengundi.

Katanya, pelaksanaan Undi18 membolehkan kira-kira 135,000 belia Sarawak berusia 18 hingga 20 tahun menjadi pemilih apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan sejurus berakhirnya Ordinan Darurat.

“Kami menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memartabatkan hak Perlembagaan golongan belia kerana membenarkan permohonan semakan kehakiman berhubung penguatkuasaan Undi18 menjelang Disember ini. 

“UndiSarawak berharap keputusan sama diperoleh menjelang penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Oktober ini, selepas 18 pemuda menfailkan semakan kehakiman sama,” katanya hari ini.

Sementara itu, seorang pemohon semakan kehakiman terbabit, Ivan Alexander Ong, 19, berkata, tujuan utama tuntutan tersebut dikemukakan adalah untuk mengingatkan bahawa penangguhan Undi18 dianggap sesuatu yang tidak rasional, tidak sah dan menindas golongan berkenaan.

Grace Chang Swee Ern, 19 pula menganggap keputusan itu sebagai pengiktirafan kepada belia yang turut mempunyai hak menentukan masa depan negara.

“Hak Undi18 adalah proses asas dalam pembangunan demokrasi yang sihat. Golongan  muda juga mengambil berat sebarang keputusan dibuat demi masa hadapan kami,” katanya.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 mengenai Undi18 diluluskan di Dewan Negara pada 25 Julai 2019 dengan majoriti dua pertiga, selepas 10 hari diluluskan di Dewan Rakyat.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan itu, pilihan raya pada masa depan akan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon, berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi dilakukan secara automatik.

Isu undi 18 tahun kembali timbul apabila Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dilaporkan mendakwa pelbagai kekangan wujud ke arah pelaksanaannya, sebelum negara benar-benar bersedia membenarkan ia dikuatkuasakan.

Susulan penangguhan terbabit, lima anak muda yang menggelarkan diri mereka UndiSarawak memfailkan tindakan undang-undang pada 3 Mei bagi menggesa kerajaan Persekutuan melaksanakan pindaan berkenaan. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad