web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Penyamun Cedera Ditembak, 3 Lagi Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 6:59PM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki, disyaki penjenayah cedera ditembak polis manakala tiga yang lain ditahan selepas dipercayai menyamun seorang lelaki di sebuah bank di Cheras di sini hari ini.

Kesemua mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu adalah warga asing, dipercayai dari Amerika Latin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kejadian dilaporkan pada pukul 1 tengah hari selepas keempat-empat warga asing terbabit melarikan diri dengan sebuah kereta dipercayai selepas menyamun.

Polis yang mendapat maklumat berhubung kejadian itu dapat mengesan kereta dinaiki warga asing terbabit dan mengejarnya sehingga ke Jalan Berhala, Brickfields di sini.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menghalang suspek melepaskan diri dan mengenai seorang daripada suspek lelaki. Keempat-empat mereka berjaya ditahan di Jalan Berhala,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata susulan itu polis menemui semula wang tunai RM150,000 yang dipercayai disamun daripada lelaki di hadapan bank di Cheras itu.

Abd Jalil berkata modus operandi kumpulan itu adalah memancitkan tayar kereta mangsa terlebih dahulu sebelum menyamun mangsa yang keluar dari bank selepas mengeluarkan wang. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar