web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Anggota TDM Yang Lemas, Ditemui

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 1:58PM

Nur Aqila Syafiqa (kiri) menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan bagi mengesan suaminya, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 di Kampung Batu Bor, Ahad lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan penemuan jenazah seorang anggotanya yang hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang, di Bera, Ahad lepas. 

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran, kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada 8.15 pagi tadi. 

"TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri mangsa, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya dari segala aspek dalam memastikan kebajikan keluarga itu.

“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. TDM turut berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham,” menurut kenyataan itu. 

Mohamad Azrin yang merupakan anggota tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 pada 4.40 petang.

Semasa kejadian, Mohamad Azrin sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor. 

TDM merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, para penduduk dan mana-mana agensi yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan operas mencari dan menyelamat bermula Ahad lepas. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad