web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cerai Kerana Vaksin Perlu Rujuk Mahkamah Syariah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 12:03PM

Baru-baru ini seorang wanita mendedahkan suaminya tidak membenarkan dia mengambil vaksin COVID-19, atau berdepan jatuh talak. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan seorang peguam syarie mengenai kes suami tidak membenarkan isteri mengambil vaksin COVID-19 sehingga sanggup menjatuhkan talak amat mengejutkan.

Ia hangat diperkatakan, apatah lagi selepas mesej berkenaan tular di media sosial.

Tindakan suami berkenaan disifatkan tidak masuk akal dan amat keterlaluan, apabila sanggup menceraikan isteri yang mahu melindungi diri daripada dijangkiti virus berbahaya.

Wanita terbabit juga kini dalam dilema, selepas menerima amaran itu, kerana telah mengambil suntikan tersebut terlebih dahulu tanpa pengetahuan suami.

“Salam cik Puan. Saya nak bertanya sesuatu. Boleh? Saya ada mengambil suntikan vaksin dos 1 secara senyap kerana suami tak nak (kebetulan kami pasangan jarak jauh).

“Saya ambil (suntikan vaksin) pada Selasa lepas. Hari ini, ketika berbual dengan suami mengenai vaksin, dia kata jangan ambil vaksin. Jika ambil juga jatuh talak.

“Adakah ia dikira sudah jatuh talak,” kata isteri itu menerusi aplikasi perbualan WhatsApp seperti dihantar kepada peguam berkenaan.

Mengulas situasi itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata talak taklik diungkapkan suami akan jatuh sekiranya isteri mengambil suntikan vaksin selepas lafaz dibuat.

Berdasarkan perkongsian itu, apa yang dilihat adalah sebaliknya, iaitu isteri menerima suntikan vaksin sebelum suami mengucapkan taklik terbabit.

“Talak akan jatuh sekiranya isteri mengambil vaksin selepas lafaz taklik itu diucapkan,” katanya kepada Getaran.

Dr.Abdul Rahman Osman
Dr.Abdul Rahman Osman

Mengulas isu sama, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bagaimanapun berkata, pasangan berkenaan dinasihatkan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz itu.

Pengesahan itu jelas beliau, adalah penting bagi menentukan sama ada lafaz diucapkan adalah berkaitan perceraian taklik, iaitu menceraikan isteri dengan ucapan tergantung yang disebut atau dibaca suami.

Katanya, perceraian taklik berlaku apabila suami melafazkan talak untuk menghalang isteri melakukan sesuatu perkara, yang akan membawa kepada berlakunya perceraian secara automatik jika ia diingkari.

“Namun berdasarkan situasi dialami isteri, yang mengambil vaksin sebelum suami mengucapkan lafaz ini, saya nasihatkan mereka (pasangan) ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

“Kena tanya suami apa dia maksudkan, apa niat dia kata begitu, adakah maksud dia bercakap itu memang mahu talakkan isteri sama ada sebelum serta selepas ambil vaksin. Kalau dia kata ya, talak boleh jatuh,” katanya.

Abdul Rahman berkata, walaupun kuasa menjatuhkan cerai adalah di tangan suami, golongan berkenaan selaku ketua keluarga perlu bersikap lebih profesional dan rasional dalam berfikir.

“Perceraian memang atas kuasa suami. Sama ada tindakan untuk bercerai itu salah atau tidak, tetapi jika suami mahu bercerai, dia boleh berbuat demikian.

''Nasihat saya sepatutnya tidak wajarlah begitu, kena berunding, berbincang teliti kerana perkara ini membabitkan isu rumahtangga, masa depan dan keluarga. Jangan cepat sangat membuat satu keputusan,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah turut berkongsi pandangan sama dan menasihatkan  pasangan suami isteri supaya merujuk masalah perkahwinan mereka ke institusi agama.

Jelasnya, institusi berkenaan akan dapat menyelesaikan dan mengesahkan sebarang kemusykilan atau isu berbangkit berhubung perkahwinan, termasuk pengesahan lafaz cerai.

“Soal perkahwinan dinasihatkan terus berhubung dengan pejabat agama atau kadi untuk pengesahan,” katanya. - Getaran, 1 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad