web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, Sarawak Catat Peningkatan 224 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 8:46PM

Seorang petugas Jabatan Kesihatan Sarawak memberi penerangan kepada orang ramai untuk mendapatkan borang perintah kuarantin kontak rapat pada tinjauan di tempat parkir berhampiran Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini. - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kes COVID-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan sebanyak 224 peratus bermula sejak permulaan Ogos tahun ini, berbanding tempoh sama bulan lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, 35,517 kes dikesan sejak awal Ogos.

Menurut beliau, Sarawak merekodkan 2,522 jangkitan baharu hari ini, menjadikan kumulatif kes sebanyak 112,245.

“Ini adalah hari ke-12 berturut-turut negeri itu mencatatkan bilangan kes harian melebihi angka seribu, bermula 18 Ogos lalu.

“Seperti yang dilaporkan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam, sebanyak 178 kes varian Delta baharu telah dikesan iaitu setinggi 83 peratus,” katanya di sini.

Dr Mohamed Sapian berkata, pihaknya mengesan kewujudan varian Delta di 10 bahagian di Sarawak, dengan Kuching mencatatkan kadar setinggi 99 peratus.

“Kebolehjangkitan varian Delta yang tinggi iaitu lima sehingga lapan kali ganda berbanding varian SARS-CoV lain menjadikan ia faktor utama peningkatan kes di Sarawak, khususnya di Zon Selatan.

“Varian Delta berpotensi untuk merebak dengan cepat terutama jika individu tidak memakai pelitup muka, mengingkari peraturan penjarakan fizikal dan mengabaikan amalan kebersihan diri,” katanya.

Beliau menarik perhatian, walaupun suntikan imunisasi berkesan mengurangkan tahap jangkitan, 30 peratus kes harian di negeri itu berlaku ke atas individu berusia 18 tahun ke bawah, yang belum layak menerima vaksin COVID-19.

“Masyarakat di Sarawak amat bertuah kerana liputan imunisasi COVID-19 telah mencapai 90.9 peratus bagi dos pertama dan 87.9 peratus bagi dos kedua setakat 28 Ogos.

“Daripada jumlah kes baharu yang dikesan sepanjang Ogos, sebanyak 99 peratus kes berada pada tahap klinikal kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (mempunyai gejala yang ringan),” katanya.

Mengulas lanjut Dr Mohamed Sapian berkata, penggunaan katil bagi kes kritikal menunjukkan peningkatan bulan ini, namun masih berada di bawah kawalan.

“Sebanyak 45 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) telah dibuka di seluruh Sarawak, terdiri daripada 41 PKRC Awam (berkapasiti 7,465 buah katil) dan empat PKRC Tahanan (1,072 buah katil).

“Seramai 781 petugas kesihatan telah digerakkan, dengan enam PKRC Awam dijangka beroperasi semula manakala empat PKRC Awam baharu hanya akan digunakan sekiranya kes semakin meningkat,” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar