web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Pukul Meninggal Dunia, Polis Rujuk Semula Kertas Siasatan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:38PM

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa terbaring di atas lantai pada 29 Disember tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis akan merujuk semula kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri Perak terhadap kes seorang pengawal keselamatan dibelasah pada 29 Disember tahun lalu.

Difahamkan, ia susulan kematian mangsa semalam sehingga menyebabkan ahli keluarganya tidak berpuas hati, sebelum menyebarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa meninggal dunia semalam di rumahnya sebelum bedah siasat dijalankan mendapati, kematiannya berpunca akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut beliau, ahli keluarga mangsa bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa kematiannya berpunca daripada insiden dia dibelasah, sebelum mereka bertindak menyebarkan semula rakaman CCTV kejadian tersebut yang berlaku 29 Disember tahun lalu.

"Pada 29 Disember lalu, mangsa dipukul oleh suspek di kolam renang sebuah kondominium di sini sehingga menyebabkan dia pengsan dan cedera di bahagian belakang kepala sebelum dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan.

“Selepas kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan berjaya menahan suspek yang dikenalpasti," katanya di sini.

Mior Faridalathrash berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang ditutup kepada orang ramai ketika itu.

Beliau memberitahu, suspek kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lalu mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Katanya, kes berkenaan bagaimanapun akan disebut semula pada 9 September ini untuk hukuman.

Menurutnya, polis akan merujuk semula kertas siasatan terhadap kes berkenaan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya Perak untuk arahan selanjutnya berikutan kematian mangsa. - Getaran, 28 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad