web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Prihatin Selamatkan 3 Beradik Mangsa Dera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 2:22PM

Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keprihatinan seorang wanita berjaya menyelamatkan tiga beradik yang disyaki menjadi mangsa dera ibu kandung dan kekasihnya di sebuah pangsapuri dekat Kota Damansara, Selangor.

Pasangan kekasih berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas menerima laporan berhubung nasib malang menimpa tiga beradik berkenaan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 45 tahun pada jam 6.30 petang Khamis lalu.

Menurutnya, wanita itu tampil membuat laporan selepas menerima aduan berhubung satu kes penderaan daripada penghuni lain.

“Pada Isnin lalu, wanita terbabit pergi ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan dan pengesahan berkenaan aduan diterimanya, sebelum mendapati kediaman itu dihuni seorang ibu tunggal bersama tiga anak dan seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

“Pengadu menasihatkan supaya suspek tidak memukul kanak-kanak terlibat, sebelum ibu tunggal itu menyerahkan anak perempuannya berusia empat tahun untuk dijaga oleh pengadu.

“Hasil pemeriksaan pada badan kanak-kanak terbabit mendapati terdapat kesan lebam dan beberapa kecederaan, justeru pengadu membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas maklumat menyerbu kediaman suspek dan menahan ibu berkenaan bersama pasangan kekasihnya, kerana disyaki melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, selain merampas tiga batang rotan pelbagai saiz.

“Polis turut menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

“Hasil pemeriksaan pada badan mereka juga mendapati ada kesan kecederaan disyaki akibat penderaan,” katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan penderaan manakala ketiga-tiga beradik terbabit dirawat di PPUM dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Getaran, 28 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad