Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Banjir Terburuk Di Alor Pongsu, Sejak 18 Tahun Lepas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 11:23AM

Muhammad Aqmal Hadif, 5, (kiri) bermain air di hadapan rumahnya yang banjir ekoran kejadian ban pecah dan hujan lebat, ketika tinjauan di sekitar kawasan Jalan Alor Pongsu-Selama dan Kampung Parit Simpang 5. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Banjir yang berlaku di kawasan Alor Pongsu ketika ini disifatkan antara terburuk dihadapi penduduk sekitar sejak kali terakhir dilanda musibah yang sama 18 tahun lepas.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati, kawasan kediaman penduduk seperti di  Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima masih lagi digenangi air sedalam satu meter sejak banjir mula melanda pada Jumaat.

Situasi itu mengejutkan penduduk kampung yang rata-rata tidak bersedia dan tidak sempat menyelamatkan harta benda atau dokumen penting ketika musibah itu melanda ekoran hujan lebat berpanjangan sejak awal pagi Jumaat lalu hingga menyebabkan paras air naik dengan mendadak.

Pemandu lori, Jamaludin Ahmad, 54, yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu, di sini, berharap agar bencana yang melanda kawasan itu segera berakhir dan mangsa banjir boleh pulang ke kediaman masing-masing.

Beliau yang berada di PPS itu bersama-sama isteri dan empat orang anak berkata buat masa ini pihak berkuasa memaklumkan bahawa kawasan kediamannya di Kampung Matang Pasir masih digenangi air sedalam kira-kira satu meter dan penduduk tidak dibenarkan pulang lagi.

“Paras air (satu meter) itu masih tetap sama sejak saya sekeluarga dipindahkan ke sini sejak Jumaat. Jadi, saya harap dalam masa terdekat ini cuaca kembali baik, air di kawasan rumah pun boleh cepat surut dan kami boleh pulang.

“Fikiran pun agak runsing sekarang sebab tidak sangka banjir teruk ini akan berlaku lagi selepas 2003 yang lalu,” katanya ketika ditemui Bernama dan beliau turut bersedih kerana banyak barangan berharga termasuk motosikal, peti ais, perabot dan mesin basuh tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, ibu tunggal Saerah Abdul Rahman, 75, yang tinggal di Kampung Parit Simpang Lima berkata, pengalaman kediamannya dinaiki air secara mendadak sememangnya di luar jangkaannya namun bersyukur kerana jiran tetangga banyak membantu menyelamatkan barang berharga sebelum diarah berpindah ke PPS SK Alor Pongsu.

“Saya memang takut sebab tinggal berseorangan. Air pada mulanya hanya pada paras buku lali sahaja tetapi naik mendadak hingga ke paras dada bermula pukul 1.30 pagi, semalam.  Nasib saya baik, ada jiran dan sanak-saudara yang tinggal berdekatan dalam membantu menyelamatkan apa yang patut dari hilang dibawa air,” katanya.

Seorang lagi ibu tunggal, Salasiah Hashim, 71, berkata beliau berharap ada bantuan yang akan dihulurkan oleh mana-mana pihak berwajib bagi meringankan beban selepas banyak peralatan rumah yang rosak akibat bencana tersebut.

Beliau yang mendiami Kampung Matang Pasir selama lebih 30 tahun turut memberitahu dia juga tidak sempat untuk mengemaskan barang-barang berharga kerana hanya tinggal berseorangan sewaktu bencana itu berlaku.

Menurut data banjir, sehingga pagi ini mangsa banjir di Perak mencatatkan sedikit peningkatan dengan 291 orang daripada 79 keluarga berbanding 284 semalam yang ditempatkan di empat PPS di tiga daerah.

Ini termasuk di daerah Larut, Matang dan Selama dengan PPS SK Alor Pongsu kini menempatkan 68 orang daripada 19 keluarga manakala jumlah mangsa di PPS SK Matang tidak berubah dengan 102 orang daripada 32 keluarga ditempatkan di situ.

Banjir kali juga menyebabkan laluan keluar masuk ke Plaza Tol Alor Pongsu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dinaiki air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat berikutan runtuhan ban rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Samagagah, Alor Pongsu di Kerian.

Dalam pada itu, polis menasihatkan mangsa banjir di kedua-dua PPS tersebut supaya tidak bimbang akan kehilangan harta benda kerana rondaan sentiasa dilakukan di kawasan rumah penduduk yang ditinggalkan akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata seramai 20 anggota dari Balai Polis Bagan Serai dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian ditugaskan untuk membuat pemantauan dan rondaan secara berkala setiap hari bagi memastikan keselamatan harta benda penduduk.

Selain itu, Mazuki berkata Bahagian Jenayah Komersial Daerah turut membuat pemantauan di laman sosial bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan mengutip derma bagi membantu mangsa banjir di daerah Kerian. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 20 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran