web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAMA Tak Bantu Pasarkan Hasil, Pekebun Dakwa Alami Kerugian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 7:35AM

Mohd Sofian menunjukkan cili Bara F1 diusahakan di Kampung Cempaka, dekat Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Melihat potensi sektor pertanian yang mampu memberi pulangan lumayan, seorang tukang masak nekad kembali ke tanah air bagi mengusahakan tanah milik ibunya, selepas dua tahun berkelana di Australia.

Memilih mengusahakan 1,000 pokok cili jenis Bara F1 di kawasan seluas 0.8 hektar, harapan itu berkecai di tengah jalan, dek kerenah birokrasi.

Mohd Sofian Abdul Wahid, 49, berkata, dia yang mengusahakan kebun cili sejak setahun lalu tidak pernah menerima bantuan atau bimbingan daripada mana-mana pihak.

 “Semuanya saya lakukan sendiri, daripada kerja (membersihkan) tanah, sehinggalah pemilihan benih cili dan penggunaan baja, langsung tidak ada bantuan dari pejabat pertanian (Jabatan Pertanian Negeri Pahang) atau agensi berkaitan.

“Konsep penanaman menggunakan kaedah fertigasi dengan sistem saliran bagi setiap anak pokok juga saya reka bentuk sendiri berdasarkan sedikit pengalaman diperoleh ketika berada di Australia sekitar tahun 2018,” katanya ketika ditemui Getaran di sini, hari ini.

Mohd Sofian memetik cili yang telah masak
Mohd Sofian memetik cili yang telah masak

Mohd Sofian berkata, kebun cili jenis Bara F1 itu sudah dua kali mengeluarkan hasil dan dia terpaksa berusaha mencari pembeli sendiri di sekitar bandar raya Kuantan dan daerah berhampiran.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli perintah penutupan sepenuhnya aktiviti sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini, sangat memberi kesan terhadap penjualan hasil kebun berkenaan.

 “Memang saya pening juga bila dikuatkuasakan PKP dan ‘Total Lockdown’ memandangkan pergerakan terbatas dan tidak boleh keluar dari daerah, jadi saya hanya harapkan pelanggan di sekitar kawasan (kampung) Cempaka dan Pantai Sepat sahaja.

“Kalaulah FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) boleh bantu, mungkin saya tidak berdepan risiko mengalami kerugian,” katanya yang turut menghasilkan cili jeruk untuk dijual bagi mengelakkan pembaziran hasil kebun.

Ketika ditanya mengenai usaha untuk mendapatkan bantuan daripada pejabat pertanian dan FAMA, Mohd Sofian berkata, dia pernah cuba berjumpa dengan pegawai bertanggungjawab, namun setakat ini belum berpeluang bertemu dengan individu terbabit.

 “Ada juga cuba pergi jumpa (pegawai pertanian), tapi kita sendiri fahamlah, ketika PKP tidak semua boleh datang pejabat, ada (pegawai) yang kerja dari rumah, jadi saya belum dapat jumpa dengan mereka.

“Kalau boleh, mereka datanglah ke sini, datang kebun ini dan lihat apa jenis bantuan boleh diberikan. Saya masih bersemangat untuk teruskan usaha ini dan kalau boleh dapat sokongan dari pejabat pertanian atau agensi lain yang ada kaitan, lagi bagus,” katanya.

Mohd Sofian turut memaklumkan sudah menghabiskan kira-kira RM20,000 untuk mengusahakan kebun terbabit dan dia berharap ada pihak dapat menghulurkan bantuan, sama ada dalam bentuk geran atau modal pusingan bagi membolehkan dia menambahkan keluasan tanaman cili Bara F1 di kebun berkenaan. - Getaran, 23 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad