Tak perlu lagi ragu-ragu untuk menikmati secawan kopi di Tim Hortons Malaysia. Jenama dari Kanada ini dengan sukacitanya mengumumkan bahawa semua cawangannya kini telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pencapaian ini membuktikan komitmen jenama tersebut terhadap kualiti, ketelusan, dan penyediaan makanan yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Pensijilan ini merangkumi lokasi-lokasi utama termasuk kedai utama di Sunway Pyramid, serta cawangan di Subang USJ, One Utama, AEON Mall Bukit Tinggi, IOI City Mall, Sunway Pyramid dan Sunway Velocity, dengan setiap cawangan memenuhi piawaian halal JAKIM.
“Di Tim Hortons Malaysia, kami berbangga dalam menyajikan makanan dan minuman berkualiti tinggi yang dipercayai oleh pelanggan kami.
“Pensijilan ini mengukuhkan lagi dedikasi kami dalam mengekalkan piawaian tertinggi sambil terus menyediakan pengalaman yang mesra dan menyenangkan buat semua rakyat Malaysia,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif MGCA Cafe, pemegang francais Tim Hortons Malaysia, Vaibhav Punj.
Hirup, Nikmati Dan Raikan Dengan Kopi Serendah RM7.00
Sempena meraikan pensijilan halal ini, Tim Hortons Malaysia berbesar hati membawakan promosi istimewa untuk penggemar kopi di luar sana.

Dapatkan tujuh hidangan kopi klasik mereka yang popular hanya dengan harga RM7.00.
Barisan minuman kegemaran ramai ini diperbuat daripada 100 peratus kopi Arabica berkualiti tinggi dan percayalah ia mampu menyuntik semangat anda untuk sepanjang hari!
Daripada Americano yang padu, Double Double™ yang berkrim, sehinggalah ke French Vanilla yang lemak manis berkrim, semua ada untuk anda memanjakan deria rasa dengan citarasa asli dari Kanada, pada harga yang sangat berbaloi!

Untuk lebih kepuasan, padankan kopi pilihan anda dengan pemanis mulut atau Donut Maple Glaze yang lazat , kombo ideal untuk menaikkan mood pada bila-bila masa.
Dalam perkembangan lain, Tim Hortons Malaysia turut mengumumkan tentang pembukaan dua lagi cawangan baharu iaitu di AEON Shah Alam dan Sunway Putra Mall.
Dengan rancangan pengembangan yang berterusan, jenama ini berhasrat untuk terus menyambut dan memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.
Untuk menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna, pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi Tim Hortons Malaysia dan mendaftar sebagai ahli ‘Tims Rewards’.

Ahli akan menerima pelbagai keistimewaan termasuk hadiah hari jadi, diskaun eksklusif serta mata ganjaran yang boleh ditebus untuk makanan dan minuman secara percuma.
Pelanggan boleh mengunjungi cawangan terdekat, membuat pesanan melalui GrabFood atau Foodpanda, atau mendapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi: www.timhortons.my.
Untuk mengikuti promosi terkini dan kolaborasi eksklusif, sila ikuti mereka di Instagram: @TimHortonsMalaysia. - Getaran, 19 April 2025