Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Video Aneka Juadah Dikongsi Pempengaruh Tarik Minat Warga Siber Memasak

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 5:09PM

Video memasak oleh pempengaruh menjadi inspirasi ramai ketika memikirkan menu juadah berbuka. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru seminggu umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, nampaknya ramai yang sudah mula "pening" terutama ibu apabila memikirkan menu masakan untuk dihidangkan ketika berbuka dan sahur.

Memasak memang mudah, namun menyediakan juadah yang mampu menarik dan membuka selera seisi keluarga kadangkala boleh membuatkan seseorang itu ketandusan idea, sekali gus hilang semangat untuk ke dapur.

Akan tetapi, kehadiran ramai selebriti dan pempengaruh dalam media sosial yang kini semakin meriah mempamerkan kebolehan memasak dilihat bagaikan "penyelamat" buat mereka apabila tampil dengan pelbagai resipi mudah dan sedap yang boleh disediakan sepanjang Ramadan ini. 

Rosyatimah Mohamad, 49, seorang peniaga berkata lambakan video masakan melalui media sosial yang dikongsikan selebriti dan pempengaruh banyak membantunya untuk mempelbagaikan juadah buat keluarganya serta mengelakkan mereka daripada membeli makanan di bazar.

"Mujur ramai selebriti dan pempengaruh berkongsi resipi di TikTok dan Instagram, mereka menyelamatkan saya. Sekarang, saya tidak perlu runsing memikirkan juadah apa yang ingin dimasak, hanya scroll sahaja media sosial pasti jumpa.

"Jika tidak memasak, kami perlu memperuntukkan lebih RM100 sehari untuk membeli juadah buat tujuh orang dan sangat tidak berbaloi.

“Jumlah itu jika digunakan membeli barang basah (ayam atau ikan), saya boleh memasak hingga dua, tiga hari," katanya kepada Bernama yang menjadikan video masakan pempengaruh Che Nom atau Normah Bakar dan pelakon Sheila Rusly sebagai rujukannya. 

Pempengaruh seperti Che Nom antara yang menjadi ikutan. - gambar media sosial
Pempengaruh seperti Che Nom antara yang menjadi ikutan. - gambar media sosial

Akauntan Anas Basir A Bakar, 31, berkata selebriti masakan yang popular dengan slogan Hey what's up guys, Khairul Aming menjadi inspirasi buatnya setiap kali ingin mencuba dan mempelajari resipi baharu.

Anas Basir berkata, resipi ringkas dan mudah yang ditonjolkan selebriti itu menarik minatnya untuk memasak walaupun sebelum ini dia hanya berbelanja di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

"Setiap hari saya akan menanti video yang dimuat naik Khairul Aming di laman sosialnya. Selain menu ringkas, barang-barang yang digunakannya (Khairul Aming) juga mudah didapati.

"Terbaharu, saya mencuba resipi paru goreng berlada, saya berjaya dan rasanya sangat sedap. Sebelum ini pernah cuba memasak menu itu tetapi tidak menjadi, namun setelah mengikut resipi Khairul Aming, baru saya dapat menikmati keenakannya," katanya.

Akauntan Anas Basir A Bakar mengakui berjaya memasak paru goreng berlado selepas menonton video pempengaruh Khairul Aming. - gambar media sosial
Akauntan Anas Basir A Bakar mengakui berjaya memasak paru goreng berlado selepas menonton video pempengaruh Khairul Aming. - gambar media sosial

Sementara itu, seorang pelajar Arieq Shafi Nor Adnan, 20, berkata selepas menonton video masakan dalam media sosial membuatkan dia teringin untuk mencuba hidangan berkenaan walaupun tidak mempunyai kemahiran memasak.

"Saya memang langsung tidak boleh memasak, apabila video-video yang mengajar memasak menunjukkan teknik mudah buatkan saya rasa ingin mencuba. Alhamdulilah, baru-baru ini saya cuba buat puding roti dan ia menjadi," katanya. 

Dalam pada itu, pensyarah Sains Sosial Universiti Selangor Prof Madya Datin Dr Asmah Ahmad menggalakkan orang ramai untuk memasak sendiri di rumah kerana selain menjimatkan ia dapat memastikan tahap kebersihatan sesuatu makanan itu.

Asmah berkata, lazimnya, pada bulan puasa masyarakat akan berbelanja lebih memandangkan Ramadan hadir setahun sekali, bagaimanapun harus diingat bahawa bulan mulia itu akan dituruti pula dengan perayaan Aidilfitri yang akan menelan bajet lebih besar.

"Oleh itu, perancangan awal sangat penting supaya kita dapat berbelanja secara berhemah dan mengikut kemampuan.Selain itu, kita juga harus bijak dalam berbelanja serta jangan terlampau mengikut hawa nafsu.

"Jika video-video masakan pempengaruh boleh menggalakkan kita memasak sendiri seterusnya membolehkan kita berjimat, ia harus diteruskan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 15 jam yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

oleh Rahayu MN