web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Turunkan Kadar Kolesterol Antara Manfaat Susu Oat

Susu oat juga memiliki vitamin A, vitamin D, vitamin B12, kalsium, zat besi, kalium dan fosfor yang diperlukan oleh tubuh.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 8:53PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua orang suka atau mampu mengambil susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak dalam diet harian.

Selain daripada alah kepadanya, kekangan amalan permakanan seperti vegan antara faktor yang menghalang pengambilan produk tenusu seperti susu.

Berikutan itu, mereka yang tergolong dalam kategori ini akan mengambil alternatif lain untuk mengantikan peranan susu dalam penyediaan makanan atau minuman.

Sebagai contoh, menggantikan susu penuh krim atau susu rendah lemak dengan susu oat apabila ingin menikmati kopi kegemaran.

Susu oat memiliki nutrisi yang tidak jauh berbeza dengan jenis susu lainnya. Merujuk ke laman sesawang Health Line, 240 ml susu oat tanpa pemanis mengandungi 120 kalori, 3 gram protein, 5 gram lemak, 16 gram karbohidrat dan 2 gram serat makanan.

Selain itu, susu oat ini juga memiliki vitamin A, vitamin D, vitamin B12, kalsium, zat besi, kalium dan fosfor yang diperlukan oleh tubuh. Jika dibandingkan dengan susu badam atau soya, susu oat adalah lebih baik. Jom semak khasiat susu oat kepada tubuh badan.

1. Sumber vitamin B

Susu oat merupakan sumber nutrien penting ini kerana kebanyakan jenis komersial biasanya diperkaya dengan vitamin B2 dan vitamin B12.

Kedua-dua vitamin B ini membantu menjana tenaga daripada makanan yang kita makan. Sementara itu, Vitamin B12 adalah asas untuk sel darah merah kita, serta otak dan sel saraf kita.

2. Kadar serat makanan yang tinggi

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2020 mendapati bahawa susu oat mempunyai lebih banyak serat makanan daripada susu berasaskan tumbuhan lain, termasuklah susu badam. Oleh itu, ia telah diiktiraf sebagai membantu menyokong pencernaan yang sihat.

Serat memainkan peranan penting dalam pengawalan glukosa darah, mengikat kolesterol, memastikan kita mempunyai pergerakan usus yang sihat dan membantu kita berasa kenyang lebih lama.

3. Mampu menurunkan kadar kolesterol

Serat yang terkandung dalam susu oat merupakan beta-glucan, sejenis serat larut yang bermanfaat untuk kesihatan jantung. Beta-gluten berbentuk seperti gel di dalam usus, yang mengikat kolesterol, kemudian mengurangkan penyerapannya.

Hal tersebut membuat kadar kolesterol dalam darah menjadi turun.

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Oleh kerana kandungan beta-glukan susu oat boleh mengurangkan tahap kolesterol anda, ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Kajian awal yang diterbitkan dalam American Society for Clinical Nutrition telah mengaitkan potensi manfaat penurunan kolesterol kepada beta-glucan apabila diambil sebagai minuman.

Bagaimanapun, adalah penting untuk anda terus menikmati makanan yang sihat dan seimbang juga untuk mencapai kesihatan jantung yang lebih baik.

5. Baik untuk kulit

Susu oat juga merupakan antioksidan dan berpotensi membantu melindungi kulit daripada sinaran UV, pencemaran dan kerosakan radikal bebas yang lain.

Seterusnya, ia juga membantu mengekalkan kulit kelihatan sihat dengan mengurangkan penampilan pigmentasi, garis halus dan kedutan.

Satu lagi kebaikannya untuk kulit ialah, ia membantu kulit mengekalkan kandungan air, itulah sebabnya anda sering mendapati ia adalah bahan biasa dalam krim pelembap.

Jadi bagaimana? Mahu minum susu oat atau tidak? Tak susah pun mencari minuman ini di pasaran. Ada banyak jenama yang tersedia, dan salah satu daripadanya ialah OATSIDE.

OATSIDE Festival - (kiri ke kanan): Pengarah Komersial OATSIDE, Gabriel Farnezi, Pengarah Pemasaran OATSIDE, Cindy Lin, dan, Pengurus Negara OATSIDE, Jessie Chua.
OATSIDE Festival - (kiri ke kanan): Pengarah Komersial OATSIDE, Gabriel Farnezi, Pengarah Pemasaran OATSIDE, Cindy Lin, dan, Pengurus Negara OATSIDE, Jessie Chua.

Kini jenama ini tampil dengan saiz poket yang boleh dibawa ke mana-mana untuk memudahkan pengguna menikmati minuman ini pada bila-bila masa, walau di mana jua berada.

OATSIDE Pocket Pack bersaiz 200ml ini terdiri daripada Barista Blend, Chocolate dan varian terbaru, Coffee Oat Latte yang dahulunya biasa ditemui di kafe-kafe.

Mulai Mac ini, OATSIDE Pocket Pack akan dijual di kedai-kedai runcit dan pasaraya seperti 7-Eleven, MyNews, CU, Village Grocer, QRA Foods, Food Merchant, dan Ben’s Independent Grocer.

Menurut Ketua Pegawai Operasi OATSIDE, Benedict Lim, susu jenama ini mendapat sambutan yang baik apabila pek satu liternya diperkenalkan pada tahun 2022.

“Ini kerana susu oat kami mempunyai kandungan gula yang rendah tetapi tetap lazat. Ia adalah sejajar dengan misi kami untuk mencipta susu berasaskan tumbuhan yang dapat disukai ramai,” ujar Lim. – Getaran, 17 Mac 2024

Foto : OATSIDE

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan