Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Resepi Sihat, Enak Untuk Bantu Kurangkan Berat Badan 

Kurangkan pengambilan makanan bergoreng, tinggi gula dan berminyak, jika mahukan berat badan idaman

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:47AM

Salmon balsamik mentega. gambar Instagram eatingwell

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Proses menurunkan berat badan bukanlah satu yang mudah bagi sesetengah orang. Banyak yang perlu dikorbankan. Masa dan wang ringgit itu pasti. Selain itu, gaya hidup memainkan peranan. 

Bagi yang masih bergelut untuk mendapat berat badan ideal, mungkin perkara pertama yang anda boleh  lakukan adalah memilih makanan yang berkhasiat dan rendah lemak.

Selain itu, perhatikan juga cara penyediaannya. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng, tinggi gula dan berminyak. Cuba amalkan pemakanan yang sihat secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gaya hidup.

Berikut ada dua resipi sihat, mudah dan enak yang boleh anda cuba. Kedua-dua resepi ini diperolehi daripada akaun Instagram @eatingwell yang kini mempunyai lebih 1.7 juta pengikut.

Sandwich Timun

Timun tinggi dengan kandungan air dan rendah kalori. Jadi ia adalah pilihan yang baik untuk menurunkan berat badan.  Malah, ia juga kaya dengan pelbagai jenis nutrisi. Protein, serat, vitamin C, vitamin K, magnesium dan potassium. 

Untuk mendapatkan nutrisi sepenuhnya, elakkan daripada mengupas kulitnya kerana ini akan mengurangkan kandungan serat dan beberapa vitamin yang lain.

Bahan-bahan : 

57 gram krim keju, pada suhu bilik

1 sudu besar yogut greek kosong rendah lemak

1 sudu besar daun kucai segar yang dihiris

1 sudu besar daun dil segar yang dicincang

¼ sudu teh lada hitam yang dikisar

2 keping roti sandwic gandum

⅓ cawan timun yang dihiris nipis

Cara membuatnya: 

1. Gaul krim keju, yogurt, daun bawang, dil dan lada hitam yang dikisar dalam mangkuk sehingga sebati. Sapu dan ratakan adunan pada setiap kepingan roti. 

2. Kemudian susun hirisan timun pada roti dan letakkan kepingan roti yang lain di bahagian atas.

3. Potong sandwic separuh  secara menyerong dan sedia untuk dimakan.

Sandwich timun
Sandwich timun

Gigitan Salmon Balsamik Mentega

Salmon kaya dengan lemak Omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung. Walaupun ikan ini bukanlah hidangan yang mampu menurunkan berat badan, namun kandungan protein dalam ikan ini memberikan manfaat bagi individu yang ingin mendapatkan berat badan ideal. 

Ini kerana protein memberikan rasa kenyang dan menunda rasa lapar lebih baik daripada karbohidrat atau lemak.

Bahan-bahan:

500 gram filet salmon (bahagian tengah), dipotong kiub kira-kira seinci

2 sudu besar mentega tanpa garam yang dicairkan

1/2 sudu teh lada hitam dibahagi dua 

1/8 sudu teh garam, campur ditambah 1/4 sudu the garam, dibahagi dua

5 sudu besar cuka balsamik

2 sudu teh mustard Dijon

2 sudu kecil gula perang

Daun selasih segar yang dicincang untuk hiasan 

Cara membuatnya: 

1. Susun rak pembakar empat inci jaraknya dari sumber haba dan panaskan ketuhar di antara 180 – 200 °C selama 10 minit.

2. Gaulkan kepingan salmon dengan mentega, 1/4 sudu teh lada dan 1/8 sudu teh garam dalam mangkuk berukuran sederhana. Susun kepingan salmon di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Panggang sehingga ia bertukar sedikit keperangan iaitu selama 6 hingga 7 minit.

2. Sementara itu, pukul cuka, mustard, gula perang dan baki 1/4 sudu teh setiap lada dan garam di dalam dalam periuk kecil. Didihkan dengan api besar. Perlahankan api  dan kacau hingga reneh serta likat.

3. Sapukan secara rata ke atas kepingan salmon. Panggang selama 2 minit lagi dan pindahkan ke pinggan hidangan.

4. Hiaskan dengan daun selasih yang telah dicincang dan boleh dimakan panas-panas.

Selamat mencuba. - Getaran, 8 Januari 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 5 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN