Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Resipi Ibu Sumber Inspirasi Hasilkan 8 Jenis Kuih Berasaskan Ubi Kayu

Selera Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 4:15PM

Antara produk berasaskan ubi kayu yang dijual oleh Zarin Ernyza. Gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tidak pernah terlintas dalam fikiran Zarin Ernyza, 32, sebelum ini untuk mengusahakan perniagaan kuih tradisional daripada ubi kayu, sehingga mampu meraih pendapatan lumayan.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Za berkata idea untuk membuat pelbagai jenis kuih daripada ubi kayu itu tercetus, selepas membeli ubi tonyoh daripada rakannya pada tahun 2018.

“Rasa ubi tonyoh itu sangat sedap dan saya terus tanya ibu Zainab Daud, 73, dan minta dengan beliau resipi cara untuk menghasilkan makanan tersebut.

“Selepas itu, saya mula jual ubi tonyoh dan buat tujuh lagi jenis kuih daripada ubi kayu iaitu boko ubi kayu, pengat ubi, sira ubi, chacha ubi, poli ubi, ubi kayu rebus dan tepung manis ubi kayu..semua kuih ini juga resipi ibu saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Telaga Bata, di sini hari ini.

gambar BERNAMA
gambar BERNAMA

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, permintaan jualan kuih tradisional ini, meningkat sewaktu musim tengkujuh sehinggakan beliau perlu memproses sebanyak 200 kilogram (kg) ubi sehari, untuk dijual di sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

“Bekalan ubi saya dapat daripada hasil tanaman bapa sendiri, Mat Salleh Hassan, 72, dan membahagikan keuntungan hasil daripada jualan kuih ini separuh kepadanya, selain turut dibantu oleh suami, Imman Shafiq Ibrahim, 27.

“Alhamdulillah saya juga ada lebih 10 ejen yang membantu perniagaan kuih ini dan pendapatan yang diperolehi dalam sehari antara RM500 hingga RM700,” katanya yang menjual dengan harga antara RM4 hingga RM6 sebekas.

Beliau berkata, proses membuat kuih itu akan bermula seawal jam 4 pagi dengan memotong, mengisar dan kemudian merebus ubi kayu, sebelum memasukkan bahan-bahan yang lain untuk kuih tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Dron XAG Inovasi Terkini Perladangan Ubi Kayu

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku