web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidang Kopi 'Joss' Satu Kesalahan, Boleh Didenda, Penjara

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8:38PM

Penambahan bara arang dalam minuman kopi atau 'Kopi Joss' yang semakin menjadi trend kini adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend kini adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM). 

KKM memaklumkan mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan. Arang tidak dikategorikan sebagai makanan,” menurut KKM dalam kenyataan kepada BERNAMA.

Kenyataan tersebut bagi mengulas laporan BERNAMA pada 16 November lalu yang melaporkan trend meminum kopi yang dimasukkan dengan bara arang di sebuah kedai makan di sini, menjadi perdebatan netizen di media sosial, sejak beberapa minggu lalu.

Semuanya gara-gara dakwaan bahawa kopi yang dimasukkan dengan bara arang atau dipanggil 'Kopi Joss' di Indonesia itu mempunyai keunikan rasa tersendiri, selain dikatakan satu cara untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Namun, pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meminum minuman berkenaan kerana boleh mengundang kesan buruk seperti kanser, berikutan sifatnya yang karsinogenik serta kemungkinan usus tersumbat, jika diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama.

Menurut KKM arang panas (bara arang) yang dimasukkan secara terus ke dalam minuman kopi adalah berbeza dengan arang diaktifkan, yang lazimnya digunakan dalam industri makanan kerana ia sudah diproses dan ditulenkan, sekali gus selamat untuk digunakan.

“Bagaimanapun, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan, sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.

“Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan,” menurut KKM.

KKM juga menyeru orang ramai yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana premis makanan yang disyaki tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, supaya berbuat demikian di Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menghubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

“Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia