web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Makanan Laut Enak Di Restoran Yeo Sekeluarga, Gelang Patah, Johor

Nikmati hidangan enak sambil dibuai bayu laut Selat Johor.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di mana nak makan seafood menghadap laut? Kalau anda berada di Johor Bahru, selain di Senibong, jom cuba Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga yang terletak di Gelang Patah, Johor.

Jauh ke? Jaraknya dalam 20-30 minit dari bandar JB.

Lokasi Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga ini ialah di Kampung Pok, Gelang Patah dan perjalanan ke restoran ini melalui kampung-kampung dan beberapa tempat penyimpanan kontena kerana jaraknya yang dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Menariknya restoran ini kerana ia berkonsepkan restoran terapung yang menghadap ke Selat Johor, makan sedap sambil melihat ke laut lepas.

Walaupun pada waktu malam tidak begitu jelas kelihatan lautnya, bunyi laut masih jelas kedengaran.

Nama Yeo kedengaran seperti nama keluarga Tionghoa, tetapi restoran ini dimiliki oleh keluarga Melayu dan mula beroperasi semenjak kira-kira 30 tahun lepas iaitu pada tahun 1994.

Pelbagai jenis makanan laut ditawarkan mengikut masakan kegemaran dan bajet masing-masing.

Udang, ketam, ikan, lala, kerang, masakan ayam dan juga daging selain pelbagai cara ia dimasak seperti goreng tepung, masam manis, telur masin, lada hitam, masak mentega, stim asam, stim kicap dan sebagainya. Masakannya sedap dan harga juga berpatutan!

Ruang makan di Restoran Yeo Sekeluarga ini luas, sesuai untuk kumpulan yang besar dan untuk ke restoran ini dicadangkan agar pergi awal sikit sebab selalunya memang ramai. – Getaran, 19 November 2023

Waze: Restoran Yeo Sekeluarga

Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pok, 81550 Gelang Patah, Johor

Buka setiap hari – 12 tengah hari – 9 malam

Tutup- Isnin

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia