web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuih Bakar Sajian Tradisi, Terus Digemari Hingga Kini

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 9:56AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA: Kuih bakar adalah antara sajian tradisi yang 'tak lapuk ditelan zaman' dan masih menjadi pilihan rakyat negara ini, sama ada untuk sajian minum petang, sarapan atau ketika mengadakan majlis keramaian.

Walaupun kaedah penyediaannya semakin moden iaitu menggunakan ketuhar tetapi masih terdapat peniaga tempatan yang memilih cara tradisional, iaitu menggunakan arang pohon kayu.

Bagi pengusaha kuih bakar di Paya Rumput, Melaka, Badariah Nor Ibrahim, 60, ketika ditemui BERNAMA baru-baru ini, berkata dia memilih menggunakan kayu arang ketika memasak kuih bakar hasilannya.

Di gerainya, iaitu Kuih Bakar Berempah Kayu Arang, Badariah menjual tiga jenis perisa kuih bakar iaitu kuih bakar tradisional, kuih bakar berempah dan kuih bakar cara berlauk.

Katanya, kesemua kuih bakar tradisional yang dibuatnya masih menggunakan bahan daripada santan dan pandan, manakala kuih bakar berempah dibakar bersama bahan campuran seperti rempah, kulit kayu manis, jintan manis dan bunga lawang.

Sementara, kuih bakar cara berlauk pula ditabur daging kisar di atasnya apabila sudah siap dibakar sebelum dijual kepada pelanggan.

"Saya mampu menghasilkan kira-kira 60 biji kuih pada hari biasa, manakala penghasilannya akan meningkat kepada lebih 100 biji pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana pada hari itu ramai pengunjung yang bercuti dari luar negeri singgah membeli di gerainya," katanya.

Kuih bakar tradisional dan berempah dijual pada harga RM6, manakala RM8 untuk cara berlauk. Gerai itu beroperasi dari 8 pagi hingga 3 petang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia