Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Tealive Sasar 1000 Cawangan Menjelang 2024, Perkukuhkan Pasaran Digital

Kurang dari empat tahun, Tealive sudah mempunyai 600 kedai. Kini mereka mengorak langkah untuk membuka kedai mereka yang ke-1,000 dalam tempoh tiga tahun lagi. Syabas!

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 11:54AM

Pembukaan cawangan terbaharu Tealive yang ke 600 di Gelang Patah, Johor

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama teh gaya hidup di rantau Asia Tenggara, Tealive, kini sedia mengorak langkah untuk membuka kedai mereka yang ke-1,000 dalam tempoh tiga tahun. Perkara ini diumumkan oleh pemilik jenama, Loob Holding Sdn. Bhd. pada awal Mei lalu sempena pembukaan cawangan terbaharu Tealive yang ke 600 di Gelang Patah, Johor.

Langkah ini didorong oleh tahap kesetiaan jenama yang kukuh dan fokus berterusan terhadap kemudahan pelanggan dan strategi digital.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo menyatakan penghargaan beliau kepada pelanggan di Malaysia yang telah menyokong jenama ini sehingga pihaknya berjaya membuka sehingga 600 kedai dalam tempoh kurang dari empat tahun, walaupun dengan situasi pandemik yang masih belum berpenghujung.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo

“Kami merancang untuk membuka antara 130 hingga 150 kedai setiap tahun, terutamanya di Johor, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak dan akan memiliki sejumlah 1,000 kedai dalam tempoh tiga tahun,” ujar beliau pada majlis pelancaran maya Sambutan Pembukaan Kedai ke 600 baru-baru ini.

“Apabila wabak melanda, kami dengan segera mengubah strategi dan melancarkan platform e-dagang dalam talian untuk memasarkan bubble tea jenama kami sendiri dan menjadi syarikat pertama yang memasarkan kit DIY bubble tea.”

“Seterusnya kami juga berjaya meraih pingat emas bagi Anugerah e-Dagang Asia dan memenangi pingat perak bagi Anugerah Kecemerlangan Pemasaran, tetapi ini hanya merupakan bonus bagi kami. 

“Matlamat utama kami adalah untuk memudahkan pelanggan Tealive yang terkurung di rumah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan yang pertama (PKP 1.0) dahulu, di mana mereka sukar mendapatkan minuman kegemaran mereka ketika itu,” ujar beliau selanjutnya.

Loo merancang untuk terus menumpukan kepada usaha mendigitalkan perniagaan ini dan mengutamakan aspek kemudahan pelanggan merangkumi penawaran pelbagai saluran pesanan dan pembayaran tanpa sentuhan - imbas untuk pesanan, pesanan lebih awal dan model pandu-masuk di semua cawangan Tealive di seluruh negara. 

Tealive kini memiliki sejumlah 10 kedai pandu-lalu dan dan lebih 100 kedai pandu-masuk di mana pelanggan boleh membuat pesanan lebih awal dan memarkir di ruang khas semasa menunggu minuman dihidangkan kepada mereka di dalam keselesaan kenderaan mereka sendiri.

Loo turut berkata bahawa kemudahan ini juga bermakna pihaknya terus kekal berhubung dengan pelanggan di mana sahaja mereka berada. Sama ada di cawangan di kawasan kejiranan, pasaraya setempat mahupun di terminal transit dan stesen minyak serta melalui rakan penghantaran FoodPanda dan Grabfood.

“Baru-baru ini kami telah menjalin usahasama dengan Affin Bank melalui pembukaan kedai bubble tea yang pertama dalam cawangan bank dan kami berharap untuk membuka lebih banyak lagi model unggul seumpamanya,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Tealive juga sedang menambah baik penampilan dan kemudahan di setiap cawangan.

Kemudahan yang dimaksudkan termasuklah penerapan format Tealive 3.0 yang menampilkan ruang bakeri khusus, Tealive Eats dan panel pesanan-sendiri di pintu masuk kedai di mana pelanggan boleh membuat pesanan dan pembayaran secara dalam talian sebelum memasuki kedai untuk mengambil pesanan mereka.

Teras kepada strategi digital kami adalah Tealive Club, aplikasi pemilikan khusus yang merupakan versi program kesetiaan bersepadu yang sentiasa diperbaharui dan diperkemaskan merangkumi pelbagai fungsi pesanan bermula dari aspek penyampaian hingga kepada fungsi e-dagang tersendiri.

Pada bulan Januari, Tealive telah menjalin usahasama dengan Touch-n-Go, pemain e-wallet terbesar di Malaysia, untuk membekalkan platform “app-in-app” bersepadu melalui e-wallet. 

Ia dengan pantas melonjakkan kami selaku jenama minuman dengan transaksi paling tinggi dilakukan melalui Touch-n-Go e-wallet dengan sejumlah lebih 200,00 transaksi telah disempurnakan.

 

Kolaborasi dengan jenama antarabangsa

Dalam perkembangan lain, Tealive baru sahaja memulakan kolaborasi eksklusif bersama Minor Figures, jenama susu oat terbesar di UK.

“Kami baru sahaja memulakan kolaborasi eksklusif bersama Minor Figures, jenama susu oat terbesar di UK, untuk mempertingkatkan penawaran jenama kami dan bukan sahaja sebagai trend terkini malah menghampiri trend minuman global.

“Kami bukan sahaja menggabungkan susu oat ke dalam minuman kami malah turut menawarkan alternatif susu sihat kepada pelanggan kami yang vegan,” ujar beliau.

Bagi meraikan kejayaan pembukaan kedai ke-600 ini, Tealive menawarkan sejumlah 60 minuman percuma setiap hari selama enam hari bermula bermula 20 Mei di kedai kami di Taman Nusantara di Gelang Patah, Johor.

Pelanggan Tealive di seluruh negara pula berpeluang memenangi beg tote Edisi Terhad Oxwhite x Tealive dan baucar tunai apabila mereka membeli minuman bermula dari 20 Mei hingga 25 Mei. - Getaran, 24 May 2021

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 18 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Gaya 2 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki