web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayam Tanpa Tulang Menu Baharu Kyochon 1991, Jom Cuba!

Barisan menu baharu ini merangkumi pelbagai hidangan ayam tanpa tulang, diperbuat daripada paha ayam yang lembut dan berjus

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:15AM

Kyochon 1991 tidak ketinggalan menawarkan promosi istimewa sempena Hari Kebangsaan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman menjamu selera di Kyochon 1991 kini semakin meriangkan apabila ia tampil dengaan barisan menu ayam tanpa tulang. Dengan pilihan menu terbaharu ini, tidak perlu lagi kotorkan tangan. Hanya cucuk dengan garpu, suap ke dalam mulut dan terus nikmati setiap kunyahan.

Barisan menu baharu ini merangkumi pelbagai hidangan ayam tanpa tulang yang diperbuat daripada paha ayam yang lembut dan berjus. Sama ada anda sedang mencari snek yang cepat dan mudah atau hidangan lengkap, ada sesuatu untuk semua orang pada menu ayam tanpa tulang baharu, malah untuk kanak-kanak! 

Jom! lihat item menu ayam tanpa tulang yang boleh anda nikmati di semua restoran KyoChon 1991 hari ini 

1. KyoChon Dosirak

Sesuai untuk anda yang menjalani jadual kerja yang padat. Boleh grab and go. Kotak makan tengah hari Korea baharu ini penuh dengan rasa! Ia menampilkan empat ketul ayam tanpa tulang, japchae mini, salad hijau organik yang menyegarkan, nasi kukus dan telur separuh masak. 

Ayam didatangkan dalam empat perisa berbeza: soy garlic, red pepper, campuran atau shinhwa. KyoChon Dosirak versi ala carte berharga RM22.95, manakala versi kombo yang didatangkan dengan botol air mineral 250ml berharga RM24.95.

2. Boneless Chicken Bites (6 & 10 ketul)

Gigitan ayam baharu tanpa tulang KyoChon 1991 ini menjanjikan isi ayam berperisa dan berjus, dengan bahagian luar yang rangup dan bahagian dalam yang lembut. Ia boleh didapati dalam empat perisa istimewa KyoChon 1991, soy garlic, red pepper, campuran dan shinhwa. Boneless Chicken Bites adalah snek, pembuka selera atau hidangan ringan yang sempurna, dan boleh didapati dalam dua saiz iaitu 6 ketul pada harga RM20.95 dan 10 ketul pada harga RM29.95.

3. Boneless Chicken Bibimbap

Hidangan yang satu ini istimewa untuk penggemar sayuran. Manjakan lidah anda dengan Boneless Chicken Bibimbap KyoChon 1991 yang baharu!

Hidangan lazat ini dibuat dengan sayur-sayuran segar, telur goreng, dan gigitan ayam tanpa tulang. Semuanya dilengkapi dengan sos istimewa mereka. Ada dua pilihan perisa iaitu ayam soy garlic atau red pepper. Bibimbap ini dijual pada harga RM25.95. 

4. Boneless Chicken Cup-Bap & Salad Cup

Salad Cup
Salad Cup

Untuk yang sedang berdiet, bolehlah pesan menu yang satu ini. Sibuk memang sibuk, tetapi janganlah biar perut kosong sehingga mengundang masalah lain. Nikmati rasa lazat ayam tanpa tulang KyoChon 1991 semasa dalam perjalanan dengan Boneless Chicken Cup-Bap & Salad Cup yang serba baharu!

Pilih daripada ayam soy garlic atau red pepper, dan pasangkannya dengan nasi atau salad. Hidangan ini berharga RM13.95 setiap satu.

Promosi Merdeka

Sempena meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti, Kyochon 1991 juga tidak ketinggalan membawakan sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia. Untuk masa terhad, iaitu dari 31 Ogos hingga 7 September 2023, dapatkan enam ketul hidangan Boneless  Chicken Bites secara percuma apabila anda membelanjakan RM66 dalam satu resit. 

Inilah masanya untuk berjimat sambil menikmati hidangan kegemaran! Tawaran ini sah untuk makan di restoran sahaja dan untuk restoran terpilih. Jadi sebelum menjamu selera, boleh tanya dahulu pihak restoran. 

Antara cawangan yang mengambil bahagian ialah Bandar Baru Sri Petaling,  Cheras Trader Square, MyTOWN, Pandan Indah, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur,  Pearl Shopping Gallery, The Gardens Mall, Bandar Botanik Klang, Bangi Seksyen 9, Central i City,  dan IPC Shopping Centre. - Getaran, 22 Ogos 2023

Foto : Kyochon 1991

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 17 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN