Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gerai Juadah Sahur Mudahkan Pelanggan Nikmati Makanan Segar, Panas

"Harga sama seperti siang tetapi pada malam lauk berbeza dan lebih banyak pilihan disediakan. Malam (berniaga) lebih laris pada bulan Ramadan lebih-lebih lagi untuk mereka yang mahukan masakan panas untuk bersahur," - Suhaimi

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:02AM

Suhaimi Ahmad Mahmud, 30, (kanan) melayan pelanggan yang membeli juadah sahur di gerainya di Taman Klebang Putra awal pagi ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mahu pelanggan menikmati juadah segar dan panas ketika bersahur, pemilik gerai Nasi Kukus Tong Kayu Sambal Hijau, Suhaimi Ahmad Mahmud, 30, sanggup bersengkang mata menjual nasi kukus berlauk di Taman Klebang Putra dekat sini.

Beroperasi dari 11 malam hingga 5.30 pagi pada Ramadan, Suhaimi berkata percubaan pertama berniaga pada waktu tersebut juga adalah bagi mencari kelainan demi kelangsungan perniagaannya.

“Malam tidak banyak orang beri persaingan, berbeza dengan bazar Ramadan pada waktu siang cuma bezanya siang orang beli nasi dan lauk tetapi malam lebih tertumpu kepada lauk-pauk sahaja.

“Harga sama seperti siang tetapi pada malam lauk berbeza dan lebih banyak pilihan disediakan. Malam (berniaga) lebih laris pada bulan Ramadan lebih-lebih lagi untuk mereka yang mahukan masakan panas untuk bersahur, lagi pun tak banyak gerai makan buka pada waktu sebegini,” katanya kepada Bernama di sini awal pagi tadi.

Suhaimi berkata dia mendapat ilham untuk berniaga pada waktu malam ketika Ramadan setelah melihat gerai lain yang beroperasi sebegitu tahun lepas di bandar raya ini.

Menurut Suhaimi ada pelanggan tetap yang memberi cadangan supaya dia meletakkan meja dan kerusi supaya mereka dapat bersahur terus di gerainya, namun Suhaimi berkata perkara itu masih dalam pertimbangan dan setakat ini makanan dijual hanya secara bungkus sahaja.

“Alhamdulillah saya boleh beroperasi seorang diri sahaja setakat ini dan dalam masa terdekat mungkin mahu guna khidmat penghantar makanan untuk pelanggan yang mahu bayar dengan cara bayaran semasa serahan (COD) sekiranya mendapat sambutan memberangsangkan.

“Buat masa ini nasi pun habis setiap hari, ada juga buat lebih (disimpan di dalam periuk nasi). Yang penting perniagaan ini boleh sara mak sebab mak dah berusia jadi saya yang sara mak,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Suhaimi yang menyediakan kira-kira 15 jenis lauk seperti ayam goreng berempah, sambal ikan masin dan daging masak merah berkata berniaga pada waktu malam kurang persaingan berbanding pada waktu siang kerana terlalu banyak pilihan termasuk di bazar.

Sementara itu, seorang pelanggan Aimannudin Mazalan, 24, berkata sepatutnya ada lebih banyak gerai makanan seumpama itu beroperasi pada waktu tengah malam bagi memberi pengguna banyak pilihan untuk bersahur.

“Patut ada banyak kedai macam ini, terutama orang bujang seperti saya tiada masa nak masak, lebih mudah jika dapat beli terus untuk dimakan (masakan panas). Kalau di bazar Ramadan belum tentu makanannya boleh bertahan dan takut basi untuk sahur,” katanya.

Muhamad Amirul Izwan Mazlan, 29, berkata gerai makanan yang beroperasi pada waktu malam amat membantu dia sekeluarga untuk mendapatkan masakan panas bagi bersahur.

“Malam bukan mudah nak cari nasi berlauk. Kadang-kadang kita memang tak sempat nak masak di rumah sebab penat bekerja tetapi kalau beli sekalipun, kita utamakan lauk berbanding nasi,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Muhammad Ubaidullah Jusni, 22, turut memuji tindakan Suhaimi yang tidak meletakkan harga berbeza biarpun berniaga pada tengah malam hingga awal pagi.

“Kalau malam memang masakan dah panas dan boleh terus makan, harga pun murah selain sama sahaja dengan harga lada waktu siang sebelum Ramadan. Jadi selain bazar Ramadan, kedai yang menjual makanan pada waktu malam pun agak membantu sebagai persediaan bersahur,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Pesakit Diabetes Perlu Jaga Pemakanan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan 

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan

3

Selera 1 tahun yang lalu

Hidangan Panas Dan Sihat Buat Perantau

4

Budaya 1 tahun yang lalu

'Masharati' Amalan Tradisi Jadi Profesion Pada Ramadan Di Qatar

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran