web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Pikat Selera Ramai

Enak betul kuih-muih tradisional terutama sekali untuk berbuka puasa. Sudahkah anda mencuba kuih dan popia daripada peniaga yang satu ini?

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 2:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keenakan kuih-muih tradisional tetap menjadi pujaan dan pilihan ramai, terutamanya pada bulan Ramadan. Jika menjenguk ke bazar-bazar Ramadan, gerai-gerai yang menjual menu ini akan menjadi perhatian ramai. 

Menyedari hakikat ini, pengusaha atau penjual Popia Kuih Che Abang, Mohammad Akhbar Ramli, 54 dan isterinya Norizah Hassan @ Aziz, 48, sangat mementingkan kualiti dan rasa kuih-muih tradisional yang telah menjadi jualan mereka sejak 11 tahun lalu.  

Bermula dengan hanya menjual dua jenis kuih, popia basah dan popia goreng sekitar tahun 2011, kini pasangan ini mampu tersenyum lebar dengan jualan hampir 30 aneka jenis kuih-muih pada setiap hari. Selain di Bazar Bulatan Uniten, mereka turut mempunyai sebuah lagi cawangan di Cheras Jaya, Selangor.

Menurut Akbar, resipi popia dan aneka tepung talam merupakan resipi turun-temurun. Sejak mula bertapak, resipi asli ini berjaya memikat selera pelanggan mereka. Dek populariti yang diraih, setiap hari mereka mampu menghasilkan 8 hingga 10 kilogram tepung bagi kulit popia manakala bagi kuih tepung talam pula tersedia hampir 23 talam bersaiz besar.

Selain mempunyai beberapa orang pekerja, pasangan suami isteri ini turut dibantu oleh anak sulung mereka, Muhammad Aiman Mohamad Akbar, 22. Akhbar memberitahu, popia sira yang resipinya diilhamkan oleh anaknya merupakan menu yang paling mendapat sambutan ramai. 

Bercerita kisah di belakang tabir, Norizah memberitahu, setiap hari dia akan akan memulakan tugas seawal pagi untuk menyediakan kulit popia dan kuih tepung talam sebelum sedia untuk dijual bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.

Bagi memastikan kualiti dan rasa asli pada setiap menu tersebut, ibu kepada lima orang cahaya mata ini hanya akan menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi selain mendapatkan bekalan bahan mentah yang segar.

“Setiap hari saya akan menyediakan kulit popia dan kuih-muih yang lain seperti tepung talam seawal 7.30 pagi. Semua bahan yang digunakan adalah segar dan diambil daripada pemborong pada setiap hari. Ini bertujuan untuk mengekalkan rasa serta membuatkan kuih-muih kami tidak mudah basi” ujar Norizah.

Penangan keenakan kuih-muih Che Abang memang menjadi sebutan ramai, terutamanya di kalangan penduduk Bangi, Kajang dan Putrajaya. Lebih membanggakan, ia mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan pelbagai latar belakang dan kaum. 

Dedah Akbar, kuih-muih mereka sering kali ditempah untuk pelbagai acara termasuklah untuk acara di Dewan Parlimen memandangkan ia menjadi kegemaran ramai ahli politik negara sejak bertahun-tahun dahulu.

Selain popia dan kole kacang, menu seperti seri muka durian turut mendapat permintaan tinggi kerana ia menggunakan isi durian asli dan mewah dengan rasa.

“Sebenarnya kuih seri muka durian tidak putus-putus orang membelinya kerana kami hanya menggunakan isi durian sebenar. Menu ini ada pada setiap masa dan isi durian pula kami dapatkan daripada pembekal,” kongsi Akbar.

Sempena Ramadan ini, gerai Popia Kuih Che Abang tidak ketinggalan memeriahkan suasana. Gerai kuih-muih Melayu ini beroperasi bermula jam 1 petang hingga 7.30 malam dengan menyediakan kuih-muih tradisional kegemaran ramai di dua lokasi yang sama. – Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

4 Tempat Makan Menyelerakan Di Kuching, Sarawak

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bell Ngasri Tak ‘Auta’, Penuhi Tuntutan Belanja Makan Di Seluruh Cawangan Restoran Pak Mat Western

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

4

Selera 3 tahun yang lalu

5 Lagi Pilihan Untuk Berbuka Puasa di Resorts World Genting

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi