Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sambut Tahun Baru Dengan Hidangan Mengasyikkan Deria Rasa

Raikan tahun baru dengan makanan memikat selera berserta hiburan bersama keluarga dan teman-teman. 

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 12:15PM

Hidangan Hamachi Tartare. - Gambar ihsan Nobu KL

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tik tok! Tik Tok! Tahun baru 2023 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga dan teman-teman bagi menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang tidak boleh dianjak ke tahun hadapan.

Selain itu, ramai juga yang hanya bersantai di rumah tanpa sebarang perancangan.

Istimewa untuk anda yang gemar memanjakan lidah dengan hidangan yang memikat selera, sempena tahun baru bolehlah singgah ke beberapa lokasi selera di bawah.

Anggap sahaja ini adalah hadiah tahun baru untuk diri sendiri dan mereka yang sentiasa di sisi.

Lupakan telefon pintar anda buat seketika. Sebaliknya jamulah selera sambil berbual mesra. 

Nobu KL persembahkan Festive Omakase 

Restoran Jepun yang terkenal dengan barisan menu yang memikat selera tampil dengan seleksi menu Festive Omakase baharu sempena meraikan musim perayaan kali ini.

Promosi yang telah bermula pada 23 Disember lalu akan berlangsung sehingga 1 Januari 2023. 

Jika anda pernah menjamu selera di sini, pasti anda sudah boleh membayangkan suasana dan kelazatan setiap hidangan yang terhidang di depan mata. Tidak pernah mengecewakan.

Hati pasti berbunga gembira kerana pelanggan boleh mengharapkan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan dengan hidangan yang disusun khas oleh cef Nobu terkenal di dunia.

Cold Soba Abalone with Nori Soup
Cold Soba Abalone with Nori Soup

“Festive Omakase untuk tahun ini adalah hidangan tertentu yang mengambil masa berbulan-bulan perancangan oleh pasukan chef kami. Kegemaran Nobu klasik, Ketam Bunga dengan buih telur (egg foam) telah dicipta semula dengan menyuntik elemen moden untuk dinikmati oleh pelanggan kami tahun ini.”

“Kami juga memahami pengaruh yang dimainkan oleh mi dan pisang kaki (persimmon) dalam masakan Jepun untuk sambutan tahun baru, dan kerana itu bahan-bahan ini turut ditampilkan dalam menu perayaan ini,” ulas Ketua Cef Nobu Kuala Lumpur, Chef Philip.

Tambah Cef Philip lagi, dia menganggap Festive Omakase ini akan memberikan pengalaman kulinari yang belum pernah dialami oleh pelanggan mereka memandangkan anda boleh merasai pengaruh dan budaya yang berbeza dalam menu.

Kenyataan Cef Philip sebenarnya sukar untuk disangkal kerana penulis sendiri telah mencuba Festive Omakase ini.

Setiap kali hidangan dikeluarkan, pandangan mata sudah terpesona. Begitu teliti disediakan bagi memastikan pelanggan teruja untuk menikmatinya.

Apabila suapan dimulakan, letusan rasanya bagaikan membawa penulis mengembara ke negara Jepun. 

Pelbagai pilihan sushi
Pelbagai pilihan sushi

Antara hidangan yang benar-benar membuatkan penulis terbuai ialah, Hamachi Tartare (kaviar, yuzu olive dan miso kering), Cold Soba Abalone with Nori Soup, dan Chargrilled A5 Wagyu Sirloin (sos Aji Amarillo, puri saderi, cutni pisang kaki). 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari pautan ini.

Makan sambil berhibur bersama rangkaian Hotel Marriott

Hidangan bufet yang disediakan di Hotel Marriott, Putrajaya
Hidangan bufet yang disediakan di Hotel Marriott, Putrajaya

Le Méridien Putrajaya, Putrajaya Marriott Hotel, Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel dan Four Points by Sheraton, Puchong mempersembahkan Blazing Midnight Poolside Party pada 31 Disember ini. 

Parti makan malam beserta hiburan ini bermula dari jam 5.30 petang hingga larut malam. Anda boleh memilih sama ada ingin meraikannya di Le Méridien Putrajaya atau Putrajaya Marriott Hotel bertempat di Latest Recipe dan Zest Lifestyle.

Bufet yang disediakan di Hotel Le Méridien, Putrajaya.
Bufet yang disediakan di Hotel Le Méridien, Putrajaya.

Setiap restoran menampilkan hidangan istimewa tersendiri, namun anda boleh menikmati hidangan utama seperti ketam salji, daging tulang rusuk, kambing panggang, Beef Wellington dan salmon coulibiac. 

Teruskan menjamu selera dengan makanan laut di atas ais, makanan Jepun, Cina, India, Melayu, dan juga menu antarabangsa yang lain.

Jangan lupa menjenguk ke kaunter hidangan pemanis mulut kerana ada banyak kek, biskut dan puding yang menanti. Anggaplah hidangan ini sebagai lambang episod manis yang diraih pada 2023 nanti.  

Chargrilled A5 Wagyu Sirloin
Chargrilled A5 Wagyu Sirloin

Selesai menjamu selera pada jam 9.00 malam, anda boleh terus ke Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Hotel Portfolio Tribute untuk acara kemuncaknya.

Boleh naik ‘shuttle’ yang disediakan oleh pihak hotel, atau pandu sendiri ke sana. 

Sesampai di sana, anda boleh turut serta dalam pelbagai hiburan yang menakjubkan sehinggalah ke pengiraan detik tahun baru. Saksikan persembahan daripada kumpulan tarian, telatah Mad Sabah (pelawak) dan persembahan nyanyian daripada Amir Masdi di pentas utama.

Tidak ketinggalan ialah persembahan daripada kumpulan Ruffedge yang menjadi bintang utama sambutan tahun baru ini. 

Seperti biasa, acara yang dianjurkan secara besar-besaran ini akan diwarnai dengan pertunjukan bunga api yang menakjubkan dari IOI City Mall, pusat beli-belah terbesar di Malaysia. 

Tiket-tiket untuk parti tahun baru ini dijual pada harga RM388 bersih untuk dewasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari ikuti pautan promosi ini. 

Selamat menjamu selera dan bergembira sempena kedatangan tahun baru! - Getaran, 28 Disember 2022 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini