web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sajian Khas Ramadan Dari Burnin’ Pit

Sempena Ramadan, Burnin’ Pit menawarkan ‘Ramadan Platter’ yang diilhamkan hidangan Timur Tengah.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 2:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memandangkan Ramadan yang kini menjelma, Burnin’ Pit menawarkan ‘Ramadan Platter’ berupa sajian khas Ramadan untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa atau merasai semangat Ramadan bersama keluarga atau rakan-rakan.

“‘Ramadan Platter’ diilhamkan dari waktu saya bekerja di Timur Tengah," kata Eugene Cheam, Cef Eksekutif Burnin' Pit. Sajian khas ini menawarkan pilihan Ayam Percik Meletop yang enak, Shawarma Kaki Kambing Salai, dan Briskit Daging Lembu Salai khas Burnin’ Pit.

“Ia dilengkapi dengan pelbagai sos dan acar seperti Yogurt Limau Nipis, Muhammara, Sambal Bajak dan Acar Rampai. Roti Rata buatan sendiri, Beras Pilaf dan Makaroni Cili Api juga disertakan bersama.”

‘Ramadan Platter’ untuk dua orang mengandungi 200 gram Briskit Daging Lembu Salai, 200 gram Shawarma Kaki Kambing Salai dan dua paha Ayam Percik Meletop pada harga RM95.

Untuk empat orang, ‘Ramadan Platter’ merangkumi 300 gram Brisket Daging Lembu Salai, 400 gram Shawarma Kaki Kambing Salai, empat paha Ayam Percik Meletop dengan harga RM180. Sos dan sajian sampingannya disertakan sekali.

Pelanggan juga boleh membuat pesanan untuk setengah Ayam Percik Meletop bahagian paha pada harga RM 90.00 dan Nasi Pilaf Lebanon pada harga RM 40.00. (Kesemua harga ini tidak termasuk cukai dan penghantaran) Burnin’ Pit boleh menyediakan 'Ramadan Platter' mengikut jumlah orang yang akan menikmati setiap hidangan.

Burnin’ Pit mengalu-alukan kehadiran pelanggan di restoran dan juga menyediakan perkhidmatan penghantaran oleh UMAI dan juga boleh didapati melalui pelbagai penghantaran yang tersedia semasa bulan penuh kemaafan dan renungan ini.

 

Menyediakan Daging Barbeku Untuk Anda

Sejak tahun 2020, terdapat banyak perubahan dalam persepsi pelanggan untuk menjamu selera kerana kesan COVID-19 di seluruh dunia.

Walaupun pembungkus vakum daging selalu menjadi sebahagian daripada rancangan pengembangan, Burnin’ Pit melihat waktu ini sebagai peluang keemasan untuk melancarkan perkhidmatan ini dengan segera untuk semua makanan yang dipesan melalui platform bawa pulang dan pelbagai platform penghantarannya sendiri. 

"Kesihatan dan keselamatan pelanggan kami menjadi keutamaan dan dengan menawarkan perkhidmatan ini, kami berharap dapat memberikan rasa kelegaan kepada pelanggan kami," kata Kam Kok Fung, pengasas bersama dan pitmaster Burnin' Pit.

Melalui penggunaan pembungkusan plastik tanpa BPA, pencemaran silang dapat dikurangkan dan kesegaran makanan terjamin. Semua hidangan utama dan sajian sampingan yang dipesan perlu dipanaskan sebelum makan. 

Arahan pemanasan adalah seperti berikut:

1. Dalam sebuah periuk, didihkan air

2. Angkatkan periuk dari api

3. Masukkan makanan tertutup vakum dan tutupkan periuk dengan penutup

4. Tinggalkan selama 10 - 15 minit

5. Keluarkan makanan dari bungkusan plastik dan hidangkan segera

Dengan menggunakan kaedah sous vide, makanan boleh dinikmati pada suhu dan kesegaran yang optimum.

Kelebihan lain dengan pembungkusan vakum ini ialah ia memberikan kemudahan, terutama bagi mereka yang ingin memesan seluruh brisket daging lembu, yang merupakan hidangan khas Burnin’ Pit. - Getaran, 19 April 2021

Semua gambar: Ihsan Burnin' Pit

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi