web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peknga, Sarapan Digemari Di Utara

Peknga sedap dimakan ketika panas, dihidangkan bersama gulai ikan, sambal ikan bilis atau sardin.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 8:00AM

Peknga adalah singkatan kepada 'tempek di belanga'. - Gambar dari Facebook Warung Teratak Bonda

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Peknga adalah singkatan kepada nama ‘tempek di belanga’ merupakan makanan cukup popular di negeri Utara Malaysia, biasanya dibuat bagi menghabiskan lebihan gulai semalam untuk dicicah bersama.

Pengusaha Warung Teratak Bonda, Nur Ashikin Abd Rahman, 28, berkata peknga merupakan menu sarapan yang digemari pelanggan beliau, dan ada juga yang datang daripada luar Perlis, untuk mencuba makanan itu.

“Kami hidangkan peknga yang masih panas kepada pelanggan di sini, ia lebih sedap dimakan ketika masih panas,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata Peknga diperbuat daripada bahan yang sangat mudah didapati iaitu kelapa parut, gula, garam dan air, biasanya dihidang bersama dengan gulai ikan, tetapi ada juga pelanggannya yang akan minta untuk menukar kepada sambal ikan bilis atau sardin.

Katanya di Perlis, makanan itu juga sering mendapat permintaan untuk minum petang oleh pelanggannya. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia